Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops November 15, 2018 @ 10:00am

Filem Pokémon: Detective Pikachu Memang Comel Tapi Peminat Tegar Pokémon Rasa Tak Puas Hati

Siri animasi dari Jepun, Pokémon, sudah lama popular bukan saja di negara tersebut tapi di seluruh dunia.

Ia menceritakan tentang sekumpulan makhluk fiksyen yang dipanggil “Pokémon”. Sekumpulan manusia (Pokémontrainer) akan tangkap, kumpul dan latih untuk battle antara satu sama lain sebagai satu aktiviti sukan. Gotta catch ‘em all!

Karakter-karakter Pokémon ini semuanya comel-comel dan sebelum ini mereka hanya muncul dalam bentuk anime 2 dimensi. Animasinya tak ada apa yang special pun.

Tapi pada Mei tahun depan, para peminat Pokémon untuk pertama kalinya akan dapat menyaksikan kisah menarik hidupan comel ini dalam versi live action (aksi langsung)! Yay!

Selasa lalu, Warner Bros telah mengeluarkan treler pertama untuk filem “Pokémon: Detective Pikachu”. Buat masa ini, ia dah melepasi 23 juta tontonan di Youtube. Di laman media sosial besar kemungkinan lebih banyak daripada itu setelah dikongsikan di timeline para penggunanya.

Bagi yang tak tahu, Pokémon dianggap sebagai sumber suci bagi nostalgia zaman kanak-kanak bagi ramai anak-anak muda zaman sekarang. Samalah juga macam Star Wars bagi mereka yang berumur 45 tahun.

Patutlah banyak betul tontonannya! Tapi kenapa ada komen-komen yang nampak macam mereka tak puas hati dengan sedutan filem ini yang ditunjukkan?

Apa saja yang mengganggu atau “merosakkan” memori zaman kanak-kanak mereka mestilah akan membuat mereka teringin untuk meninggalkan komen tak puas hati dengan penuh emosi.

Jadi adakah filem live action ini tak menepati citarasa mereka?

Detective Pikachu berkisar tentang seorang Pokémon trainer yang tak berjaya mencari sukses dalam sukan “Pokémon battle”.

Dia menjumpai seekor Pikachu dan mendapati yang dia boleh memahami kata-kata makhluk itu. Mereka berdua boleh berkomunikasi bahasa manusia tapi orang lain pula hanya dengar “Pika pika!” yang keluar dari mulut Pikachu.

Hmm… ini memang pelik. Selama ini mana ada Pokémon pernah boleh bercakap? Bukan itu saja, Pikachu dalam filem ini berkongsi suara dengan Deadpool kerana yang menyuarakan watak ini adalah Ryan Reynolds!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I think we all knew I’d wind up as a miniature detective repeatedly saying the same two words. Just didn’t think it would be this soon. #PikaPika #detectivepikachu

A post shared by Ryan Reynolds (@vancityreynolds) on

Kali ini juga, memandangkan filem ini adalah jenis aksi langsung, makhluk-makhluk Pokémon ini memang nampak realistik… dan berbulu-bulu. Ternyata mereka nampak lebih comel tapi mungkin para peminat Pokémon yang tegar akan memerlukan masa untuk biasakan diri.

Bukan saja watak Pokémon yang lain macam, setting filem ini pun jauh berbeza daripada kartun animasi TV Pokémon. Anda tengoklah sendiri menerusi treler di bawah ini. Lain macam!

Walau bagaimanapun, rata-ratanya para peminat Pokémon gembira kerana adanya sesuatu yang baru bagi francais kegemaran mereka ini; tak kisahlah cantik ke tak.

Yang pastinya, gerenti panggung wayang sedunia akan dipenuhi dengan kanak-kanak apabila filem ini mula ditayangkan.

Orang-orang yang berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an pula rasanya akan struggle sedikit untuk biasakan diri dengan premis filem ini.

Untuk kepuasan maksimum, nanti tonton filem ini dalam versi 3D ya!

Sumber: The Guardian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 May 2020
Gaya Hidup Wed, 13 Feb 2019
Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Tips Penting Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Sindrom Down. You Can Do It!

Anda dikurniakan dengan anak yang ada Down Syndrome? Jangan bersedih! It’s not the end of the world!

Gaya Hidup Sat, 10 Mar 2018

Tip Agar Peti Ais Sentiasa Berbau Segar & Tak Lagi Busuk

Bila buka peti sejuk mesti stres kan terhidu bau busuk!

Featured Thu, 27 Oct 2022

“Ada Yang Akan Pantau Saya” – Selepas Dikejarkan Ke Hospital Ogos Lalu, Ako Mustapha Kongsi Keadaan Terkini

Pelakon dan penerbit, Ako Mustapha berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dikejarkan ke hospital kerana kekurangan insulin dalam badan pada Ogos lalu. Menghidap penyakit diabetis sejak 2016, Ako mendapatkan rawatan kerana saraf serta otot tidak dapat […]

Featured Sat, 15 Dec 2018

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Ada yang sama, ada juga yang pelukis dah “ubah suai” rupanya.

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
Gaya Hidup Wed, 2 May 2018

Dahi Berbentuk Donut Jadi Trend Baharu Di Jepun. Macam Ngeri!

Dahi berbentuk donut kini jadi trend di Jepun. Macam ngeri!

error: Content is protected !!