Categories: Filem

Bukan Sekadar Jual Pesona Shah Rukh Khan, Masalah & Perasaan Imigran Haram Diselami Dalam Filem Dunki

Lupakan seketika kisah sarat cinta jejaka dan si dara bersulam gembira serta air mata dalam naskhah Dunki kerana ia bukan fokus utama.

Filem Bollywood terbaharu yang diterajui Shah Rukh Khan (SRK) selaku bintang utama ini tidak hanya menjual pesona bintang aktor popular tersebut.

Dunki sarat rencah yang memaparkan kisah imigran haram dah suara yang lari daripada bayangan kisah cinta dan politik yang terkenal dalam naskhah Bollywood.

Berkisarkan mengenai perjalanan sekumpulan sahabat untuk mengubah hidup keluarga dengan ‘berhijrah’ ke negara Eropah dari India, Dunki menampilkan lakonan mantap SRK bersama Taapsee Pannu, Vikram Kochhar, Anil Grover dan Vicky Kaushal selaku tunjang utama.

Isteri SRK, Gauri Khan bertindak selaku penerbit filem dan naskhah ini merupakan kerjasama pertama SRK dan pengarah tersohor Rajkumar Hirani.

Sebelum ini, Rajkumar pernah menghasilkan sentuhan luar biada untuk beberapa filem terkemuka Bollywood, PK dan 3 Idiots.

‘Dunki’ yang menjadi tajuk filem ini diambil daripada perkataan Punjabi yang bermaksud melompat dari satu tempat ke tempat lain.

Ia juga boleh ditafsirkan juga sebagai ‘laluan keldai’ kerana laluan terbabit dipilih oleh imigran haram untuk menggapai cita-cita mereka di bumi Eropqh.

Tanpa memiki visa yang sah, mereka bergadai nyawa melalui jalan bahaya demi memenuhi impian sehingga ada yang mati ketika dalam perjalanan.

Pengalaman menyaksikan cerita ini memberikan sebuah dimensi baharu terhadap penonton dalam memahami topik dan menyelami masalah mereka yang bergelar imigran haram.

Garapan pengarah sangat mantap dalam menata jalan cerita sehingga tidak sedar ada air mata jatuh kerana larut dalam emosi dan kesedihan yang dipaparkan pemain Dunki.

Untuk mengetahui jalan cerita lanjut, jangan lupa saksikan Dunki di pawagam di seluruh Malaysia!

Padin