Filem By: Padin December 23, 2023 @ 10:37am

Bukan Sekadar Jual Pesona Shah Rukh Khan, Masalah & Perasaan Imigran Haram Diselami Dalam Filem Dunki

Lupakan seketika kisah sarat cinta jejaka dan si dara bersulam gembira serta air mata dalam naskhah Dunki kerana ia bukan fokus utama.

Filem Bollywood terbaharu yang diterajui Shah Rukh Khan (SRK) selaku bintang utama ini tidak hanya menjual pesona bintang aktor popular tersebut.

Dunki sarat rencah yang memaparkan kisah imigran haram dah suara yang lari daripada bayangan kisah cinta dan politik yang terkenal dalam naskhah Bollywood.

Berkisarkan mengenai perjalanan sekumpulan sahabat untuk mengubah hidup keluarga dengan ‘berhijrah’ ke negara Eropah dari India, Dunki menampilkan lakonan mantap SRK bersama Taapsee Pannu, Vikram Kochhar, Anil Grover dan Vicky Kaushal selaku tunjang utama.

Isteri SRK, Gauri Khan bertindak selaku penerbit filem dan naskhah ini merupakan kerjasama pertama SRK dan pengarah tersohor Rajkumar Hirani.

Sebelum ini, Rajkumar pernah menghasilkan sentuhan luar biada untuk beberapa filem terkemuka Bollywood, PK dan 3 Idiots.

‘Dunki’ yang menjadi tajuk filem ini diambil daripada perkataan Punjabi yang bermaksud melompat dari satu tempat ke tempat lain.

Ia juga boleh ditafsirkan juga sebagai ‘laluan keldai’ kerana laluan terbabit dipilih oleh imigran haram untuk menggapai cita-cita mereka di bumi Eropqh.

Tanpa memiki visa yang sah, mereka bergadai nyawa melalui jalan bahaya demi memenuhi impian sehingga ada yang mati ketika dalam perjalanan.

Pengalaman menyaksikan cerita ini memberikan sebuah dimensi baharu terhadap penonton dalam memahami topik dan menyelami masalah mereka yang bergelar imigran haram.

Garapan pengarah sangat mantap dalam menata jalan cerita sehingga tidak sedar ada air mata jatuh kerana larut dalam emosi dan kesedihan yang dipaparkan pemain Dunki.

Untuk mengetahui jalan cerita lanjut, jangan lupa saksikan Dunki di pawagam di seluruh Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 26 Oct 2018

Masihkah ada cinta di Mocha Kau Bahagia 2?

Masihkah ada cinta di Mocha Kau Bahagia 2?

Filem Wed, 30 Oct 2019
Filem Tue, 13 Mar 2018

Ini Sebab Kenapa Korang Wajib Tengok Rancangan Paling Meletop Minggu Ini!

Kepada yang selalu terlepas rancangan dan drama menarik di TV3 atau di TV9 jangan risau, korang semestinya boleh menyaksikan rancangan kegemaran korang hanya di tonton! Bukan sahaja dapat menyaksikan siaran ulangan dan drama secara siaran […]

Filem Thu, 21 Nov 2019
Filem Mon, 9 Apr 2018

《A Quiet Place》有续集?编剧「很多可怕想法没拍出来」

电影《A Quiet Place》受到「恐怖大师」史蒂芬金的赞赏,让外界相当好奇有没有可能推出续集,继派拉蒙影业坦承有可能时,编剧Scott Beck和Bryan Woods近来受访时也透露有如此安排,毕竟有很多细节在这部片里没有提到。

Filem Tue, 20 Aug 2019

Primeworks Studio Pengedar Rasmi Dendam Pontianak, Filem Seram Merinding Kerjasama Dua Negara

Pontianak adalah sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan

Filem Wed, 20 Nov 2019

Kolaborasi MYDIN Dalam Misi Kembali Ke Sekolah Ejen Ali Lengkapkan Persiapan Persekolahan 2020!

Jangan lupa dapatkan barangan eksklusif kelengkapan persekolahan Ejen Ali!

Filem Fri, 21 Dec 2018

Binge-Watch JinnyBoy’s Latest 4-Episode Series on tonton!

The love story is modern and maybe a tad bit cynical.

Filem Sat, 17 Aug 2019

电视电影 《当时明月在》造势活动

《当时明月在》还没正式播出前,已受到剧迷们的关注!为此八度空间特别安排了两场造势活动,让演员林奕廷、张顺源和陈香郿与剧迷们分享拍摄点滴。

Filem Thu, 11 Jul 2019

Betul Ke Ustaz Hamadi ‘Hidup Semula’?

Wahhh, tak sabarnya nak tunggu!