Filem By: SGMS Faida December 17, 2019 @ 11:00am

Busut Bonang Angkat Kisah Seram ‘Rakyat’

Filem-filem bercorak seram komedi merupakan antara genre yang sering menjadi kegemaran penonton di Malaysia.

Menyedari hakikat itu, maka Alfanazra Productions Sdn. Bhd.mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Busut Bonang.

Pengarahnya, Khalid Nadzri berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan adalah cetusan bersama penulis skrip iaitu Siti Jasmina Ibrahim.

Menurutnya, dalam filem ini dia mengangkat tema urban legend, di mana kepercayaan masyarakat moden sekarang yang segelintirnya masih mempercayai tentang kejadian-kejadian urban legend.

”Menerusi proses perbincangan dan genre komedi seram yang dipilih bersama seorang lagi penulis skrip iaitu Aloy Paradoks, akhirnya ia diolah menjadi sebuah cerita mengenai saka sebagai isu utama.

”Malah, busut juga menjadi suatu tanggapan kisah rakyat yang berkait rapat dengan entiti, misalnya menjadi tempat pemujaan animisme dan pontianak bertenggek,” ujarnya.

Bakal ditayangkan di pawagam pada 19 Disember 2019, Busut Bonang menampilkan barisan pelakon seperti Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah @ Bard​ danRopie.​​​​​

Mengenai pemilihan genre seram sebagai nashkah terbaharunya, Khalid menyatakan genre sedimikian bersifat universal dengan gabungan tragik dan komedi dalam penceritaannya.

Jelasnya, menerusi filem Busut Bonang menerapkan sebuah kisah seram yang dekat dengan rakyat, terutama yang masih mempercayai kisah mistik.

”Dalam filem ini, selain menerapkan elemen hiburan kepada penonton, ia juga memberi sindiran sinis terhadap masyarakat yang masih lagi tebal dengan kepercayaan mistik,” ujarnya.

Menurutnya, penggambaran filem berkenaan dilakukan pada Januari 2019 di dua buah lokasi iaitu di Kuala Kangsar dan Ipoh selama 20 hari.

Ketika ditanya tentang cabaran sepanjang pembikinan Busut Bonang, Khalid memberitahu antara yang paling sukar ialah untuk menerapkan dua elemen iaitu seram dan komedi.

”Bagi saya bukan mudah untuk menterjemahkan sebuah filem seram dengan menerapkan elemen komedi untuk membuatkan penonton ketawa.

”Bagaimanapun, lakonan yang ditampilkan barisan pelakon memang banyak membantu pembikinan filem ini berjalan dengan lancar,” ujarnya mengenai filem kedua arahannya itu setelah pernah muncul dengan filem Coverina sebelum ini.

Salah seorang pelakon utamanya, Nadzmi Adhwa berkata, dia tertarik membintangi filem ini kerana tertarik dengan watak yang ditawarkan.

Memegang peranan sebagai Lutfy, pelakon tersebut menjelaskan wataknya itu adalah seorang lelaki berpelajaran tinggi yang datang ke sebuah kampung untuk menyelamatkan kampung tersebut.

”Dapat bekerja dengan pengarah seperti Khalid memang banyak memberi pengalaman baharu buat saya sebagai pelakon.

”Ketika penggambaran saya dan dia selalu berbincang, terutama untuk ’menghidupkan’ watak sebagai Lutfy dan dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya,” ujarnya.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

 

Teka cerita ni pasal apa? Share comment paling kreatif dibawah ?? ?

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Nadzmi berkata, untuk filem terbaharunya ini dia tidak meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi kepada penonton.

”Apa yang saya mahukan agar penonton dapat menerima jalan cerita yang ditampilkan serta terhibur ketika menontonnya nanti,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 22 Dec 2017

tonton 煲剧最享受 与泰国同步观赏《花戒指》

在这个充满欢乐佳节气氛的 12 月,马来西亚第一网络电视 tonton 将会为你带来与泰国同步播出的全新电视剧《花戒指》以及本地马来电视剧《Zahir Tak Terucap》。

Filem Tue, 20 Aug 2019
Filem Wed, 16 Jan 2019

These Epic Mistakes on Pujaan Hati Kanda Will Make You Facepalm

How could anyone make such silly mistakes in filming?

Filem Mon, 5 Feb 2018

PULANG FILEM BERPROFIL TINGGI 2018?

 ‘Pulang” sebuah lagi karya hasil garapan kemas pengarah Kabir Bhatia. Berlatarbelakangkan era 1940-an hingga tahun 2010 sememangnya ‘Pulang’ adalah sebuah naskhah yang menarik

Filem Tue, 3 Dec 2019

Ejen Dayang And Neelofa Looks So Alike; Are We Possibly Getting A Collaboration Between The Two?

The resemblance is uncanny! Can fans expect something in future projects?

Filem Fri, 8 Feb 2019

八度空间【年初四】新春节目时间表

八度空间2019己亥猪年【年初四】强档新春节目大放送!

Filem Wed, 22 Nov 2023
Filem Wed, 17 Jul 2019

你不能错过真人版电影《KINGDOM》的三大理由

改编自2006年起于《周刊 YOUNG JUMP》上的同名连载漫画的《KINGDOM》即将于7月18日全马上映!只要「三个点」你没有不到电影院支持的理由。

Filem Mon, 15 Oct 2018

夏雨乔颠覆形象!首拍鬼片挑战台湾百年禁忌

继《红衣小女孩》系列之后,《粽邪》是另一部富有台湾风俗特色的电影!女主夏雨乔一改甜美形象,首度接拍恐怖电影。

error: Content is protected !!