Categories: Filem

#DramaSangat: Dapatkah DIAN Temui Harapan Dalam Kegelapan?

Bergelar bekas banduan atas kesilapan yang tidak pernah dirancang, Dian terjerat menjadi mangsa keadaan. Perkahwinan yang disangka menemui kebahagiaan rupanya ibarat menjemput derita berpanjangan.  

Mula bersiaran 28 November ini di NTV7, DIAN mengisahkan wanita yang berhasrat berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Hisham (Qi Razali) namun mendapat tentangan oleh ibunya, Yon Aishah (Fazlina Ahmad Daud). Ini kerana, ibu Dian sudah merancang untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris (Tony Eusoff) yang merupakan seorang doktor yang berjaya. Namun begitu, Dian tetap dengan pendirian untuk terus berkahwin dengan pilihan hati. 

Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa (Mimi Lana) dan Aiman (Izzy Reef Izzu) selepas mereka mendirikan rumahtangga. Perkahwinan mereka diuji apabila Dian mendapat tahu Hisham sebenarnya seorang kaki judi. 

Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu. Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.

Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa (Yasmin Hani). Nisa terpaksa menjadi ibu tiri kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya tidak rela menjadi ‘ibu segera’. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dikikis, Hisham masih dengan tabiat sama. 

Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya (Erra Fazira). Malangnya, Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya.

10 tahun berlalu, Dian akhirnya dibebaskan dari penjara. Dian ingin mencari kembali dua anaknya namun pelbagai halangan menimpa. Hisham pula mahukan Dian kembali memenangi hati bekas isterinya itu. Apakah kesudahan DIAN?

Sebuah karya arahan Kyoll Hamzah terbitan A-10 Alliance Sdn. Bhd, drama ini pastinya akan menyentuh jiwa serta emosi para penonton. Lebih menarik lagi, Dian turut membariskan pelakon hebat seperti Qi Razali, Erra Fazira, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Mimi Lana dan ramai lagi.

Jangan ketinggalan untuk menonton drama Dian, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam, hanya di ntv7. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram ntv7 iaitu @ntv7malaysia dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

 

 

SGMS Faida