Categories: Filem

Ejen Ali Dan Air Asia Akhiri Tahun 2019 Dengan Kolaborasi OURSHOP!

Ejen Ali, OURSHOP pasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa!

Nampaknya kolaborasi antara Ejen Ali dan Air Asia sekali lagi termeterai apabila platform e-dagang yang baru dilancarkan oleh Air Asia iaitu OURSHOP dilancarkan.  Kolaborasi ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama pihak Air Asia dan Ejen Ali untuk membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa.

Kolaborasi pertama Ejen Ali dan Air Asia adalah pada tahun 2017 menerusi kempen #MisiAspirasiAirAsia dengan  membawa mesej memberi inspirasi kepada kanak-kanak, menjadi pemimpin dunia pada masa hadapan.

 

Platform ini sekaligus memberi peluang kepada peminat-peminat Ejen Ali yang berada luar dari Malaysia untuk membeli produk-produk Ejen Ali secara online.
OURSHOP yang terletak di pusat membeli belah LOT10, Bukit Bintang merupakan kedai pop-up pertama yang dilancarkan dan telah pun mula beroperasi dari 12 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020.
Pelbagai produk Ejen Ali boleh didapati termasuk produk-produk yang mendapat permintaan tinggi dari peminat seperti skuter, walkie-talkie serta barangan kembali ke sekolah.  Manakala komik edisi terhad filem EJEN ALI THE MOVIE yang akan mula dipasarkan di kedai-kedai buku seluruh negara pada tahun 2020, juga dijual seawal
31 Disember 2019 di kedai pop-up.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya amat teruja untuk meneruskan misi terbaharu ini bersama kumpulan Air Asia. 

” Rentetan kejayaan #MisiAspirasiAirAsia pada tahun 2017 dan 2018 serta kehebatan filem EJEN ALI THE MOVIE yang masih kekal mengungguli carta filem tempatan. Kolaborasi dengan OURSHOP ini amat kami alu-alukan kerana ianya bertepatan dengan misi kami iaitu untuk membawa jenama Ejen Ali ke peringkat antarabangsa dan seterusnya ke hati peminat Ejen Ali di seluruh dunia” Katanya.

 

Promosi serta diskaun membeli-belah yang istimewa turut ditawarkan kepada peminat-peminta Ejen Ali dan pelanggan OURSHOP yang hadir yang mana mereka berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% serta kupon tambahan bernilai RM 20 untuk setiap pembelian atas talian yang dibuat bagi produk jenama Ejen Ali (tawaran adalah terhad, sementara stok masih ada).
Terdahulu, filem animasi Ejen Ali The Movie melakar kejayaan yang membanggakan apabila berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM29.3 juta sejak ia mula ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura, dan Brunei pada 28 November 2019.
Dan, apa yang paling membanggakan adalah filem animasi ini juga bakal menemui peminatnya di pawagam-pawagam di Indonesia bermula 1 Januari 2020.
Salma Syahbuddin