Categories: Filem

#JommenangXtra : Jangan Lepaskan Peluang Menyaksikan Siaran Siri Eksklusif Marvel Cloak & Dagger Hanya Ditonton Bermula Jun Ini!

Selepas mendapat sambutan hangat terhadap siri Runaways dan Inhumans di tonton, seramai 8 juta pelanggan dan peminat setia platform nombor satu Malaysia ini bakal disajikan dengan satu siri eksklusif berjudul Marvel’s Cloak & Dagger. Siaran selama dua jam ini akan menemui penonton setia tonton bermula pada 8 Jun 2018, jam 9 malam.

Cloak & Dagger mengisahkan tentang dua orang remaja iaitu Tandy Bowen (Olivia Holt) dan Tyrone Johnson (Aubrey Joseph) yang memiliki kuasa luar biasa dimana kuasa tersebut akan berhasil selepas kedua-dua mereka bergabung tenaga. Tandy merupakan seorang remaja kaya namun kemewahan yang dimilik beliau musnah akibat taufan Katrina. Manakala, Tyrone pula merupakan seorang remaja yang dilahirkan dengan keluarga yang cukup mewah. Dan, akhirnya jatuh cinta terhadap Tandy. 

Namun, kisah percintaan mereka bukanlah seperti remaja lain. Kerana, hubungan yang tercipta antara keduanya bagai sudah ditakdirkan. Ini kerana, Tandy dan Tyrone telah dikurniakan dengan kuasa misteri bagi membantu menyelamatkan bumi.

Dengan tema persahabatan, pengorbanan, keberanian dan bagaimana cara mengatasi ketakutan, Cloak & Dagger pastinya menepati citarasa penonton terutamanya generasi muda sekarang.

Agaknya, bagaimanakah kesudahan cerita ini? Adakah Tandy dan Tyrone berjaya menyelamatkan bumi? Dan siapakah agaknya yang bakal berkorban demi keamanan bumi? Penonton boleh menyaksikan dua episod eksklusif  siaran pengenalan  bermula Jun ini hanya di tonton.com.my platform terbaik anda!

Dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hadiah eksklusif daripada Marvel’s Cloak & Dagger dengan menjawab soalan-soalan mudah hanya klik disini

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Julai 2018!

Cepat, jangan sampai terlambat!!

 

Salma Syahbuddin