Categories: Filem

Jom! Kenal Dengan Lebih Dekat Kisah Di Sebalik Filem Pulang

Bagi penonton yang telah menyaksikan filem Pulang di pawagam yang berdekatan anda pastinya filem ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat diri masing-masing. Dan, disebabkan itu juga sambutan dan feedback yang diberikan amat positif.

Justeru itu, program Majalah 3 turut sama membawakan kepada penonton setia mereka temuramah secara eksklusif,  bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio Sdn Bhd, Datuk Izham, Omar Othman.

Kisah ini akan memaparkan tentang di sebalik kisah keluarga Ahmad Izham yang dijadikan sumber inspirasi dalam filem tersebut. 

Majalah 3 juga akan menyingkap kisah kelasi yang berusia 76 tahun ini serta tempat dimana kehidupan barunya bermula di Kota Liverpool yang pada suatu ketika dahulu ianya terkenal sebagai bandar pelabuhan paling sibuk di dunia. 

“Dia janji nak balik, setahun, dua tahun, tak balik,” Kata Omar kepada Majalah 3, mengimbau kembali kisah hidupnya semasa muda. 

Filem yang telahpun menemui peminatnya bermula 26 Julai lalu turut dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Alvin Wong dan ramai lagi.

Dan, kepada peminat dan penonton yang ingin mengetahui lebih lanjut kisah Omar dan juga kelasi Melayu di Liverpool, jangan lupa untuk saksikan Majalah 3 malam ini, jam 9 malam hanya di TV3 atau boleh saksikan siaran langsung secara HD melalui portal tonton.com.my dan untuk menyaksikan siaran ulangan anda boleh menonton siaran ini melalui Catchup TV kami di xtra.com.my!

 

Salma Syahbuddin