Categories: Filem

Jom layan Drama The Founder: Visionary Shogun dan Dokumentari Rising Di Saluran NHK!

Saluran NHK kembali dengan pelbagai drama dan dokumentari yang menarik pada bulan ini. Kalau korang nak tahu antara drama best di saluran NHK adalah drama The Founder: Visionary Shogun, Ieyasu dan dokumentari Rising.

Apa yang best pasal drama ni? Well.. The Founder: Visionary Shogun, Iesayu ni merupakan drama yang ditulis oleh novelis terkenal iaitu Yoshinobu Kadoi. Yoshinobu pernah memenangi anugerah Naoki, anugerah berprestij ini dianugerahkan buat karyawan ulung, sama seperti Anugerah Pulitzer. Fuyoo!

Drama yang bergenre historical ini mengisahkan kehidupan Tokugawa Ieyasu pada zaman Edo. Buat korang peminat drama historical. Yes! inilah drama yang korang patut layan.

Drama ini akan mula bersiaran bermula 2 Februari jam 7.10 malam. Selain itu, korang juga turut boleh menonton dokumentari Rising yang mengisahkan kehidupan golongan masyarakat yang mempunyai bakat dan kemahiran tertentu dalam pelbagai bidang. Kisah ini dapat memberikan insipirasi kepada para penonton di luar sana. Rancangan ini akan bersiaran pada setiap Hari Khamis dan Jumaat bermula jam 9.30 pagi.

Sumber:https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/tv/rising/20190307/2042071/

Dalam episod , Giving New Life to Dormant Possessions: Self-Storage Innovator – Hayato Matsuzaki mengisahkan Hayato Matsuzaki yang memperkenalkan sistem perkhidmatan menggunakan kurier dan galeri foto berasaskan cloud storage. Dengan hanya satu klik, pengguna boleh memilih untuk menyimpan  barangan terpakai ataupun menjual barangan tersebut. 

Sumber:https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/tv/rising/20190307/2042071/

Apa tunggu lagi? Jangan lupa saksikan drama dan dokumentari menarik ini hanya di saluran NHK! 

 

 

Ad Ops