Categories: Filem

#tontonKOPI : Julia Farhana Jadikan Diri Sendiri Sebagai Sumber Rujukan

Memegang watak sebagai Nisa dalam Kopi Kola, Julia Farhana akui wataknya didalam drama pendek ini sedikit sebanyak mencabar beliau dalam menghayati watak yang diberikan.

Namun, Julia menjadikan dirinya sebagai sumber rujukan setelah diberi lampu hijau oleh pengarah drama ini sendiri.

” Sebab Megat nampak similarity Julia dengan Nisa. Macam Megat cakap dia kata just be yourself! sebab dia nak karakter tu macam Julia. So, i gaze kalau reference wise it’s me lah, I’m also like that when it comes to love, family, friendship, kalau dengan kawan pun, if let’s say kawan marah ke apa,  i takkan bersangka buruk i akan fikir ni mesti i ada buat salah , and i akan tanya…i confrontational.” Katanya

Julia seorang wanita bandar yang menanti cinta pertamanya di sebuah kampung

Kopi Kola mengisahkan tentang seorang wanita yang dibesarkan di luar negara dan tinggal di sebuah kampung di Malaysia. Kehidupannya itu membuatkan dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang mampu membuatnya jatuh cinta sehinggalah lelaki tersebut meninggalkan wanita itu tanpa pesan.

Julia Farhana semasa penggambaran Kopi Kola

Haa, kalau semua nak tahu apakah kesudahan disebalik cerita Kopi Kola ini? Anda kenalah saksikan drama bersiri tonton ini bermula pada 16 September sehingga 10 Oktober hanya di platform tonton.com.my

Jangan Ketinggalan!

“Setiap yang bawa nikmat, mesti ada pahitnya…”

Salma Syahbuddin