Categories: Filem

Muzikal Ola Bola kini KEMBALI, Jom Menang Tiket ke Tayangan Perdana

Tidak dapat dinafikan, Ola Bola antara cerita yang boleh dikategorikan sebagai sebuah cerita menarik yang telah diperkenalkan sejak Januari 2016.

Kisah ini telah menggegarkan panggung sekaligus menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Mengisahkan tentang semangat permainan bola sepak yang juga merupakan satu simbol keharmonian dan patriotisma rakyat Malaysia. Ola Bola nampaknya mempunyai peminatnya tersendiri apabila ramai dikalangan peminat filem tempatan masih tidak puas untuk menonton filem ini sehingga ada yang memberi pendapat agar filem mahupun teater muzikal Ola Bola dijalankan semula.

Dan, setelah dua tahun filem Ola Bola ditayangkan, teater Muzikal Ola Bola pula dipentaskan di Istana Budaya  pada tahun 2018. 

Pengarah muzikal Ola Bola, Tiara Jacquelina turut mewarnai muzikal ini dengan lirk yang menyentuh hati, koreografi yang menarik dan lakonan yang mantap. 

Adaptasi cerita ini kepada sebuah teater muzikal mendapat sambutan hangat apabila semua tiket telahpun habis dijual! Dan nampaknya permintaan peminat untuk pementasan kedua Muzikal Ola Bola kini telah tiba, dan akan bermula pada 18 Februari 2019 sehingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya KL.

Jadi, buat korang yang sentiasa setia bersama team xtra dan korang adalah pengguna TikTok, Nah! ini mungkin berita baik buat korang untuk menang tiket menyaksikan tayangan perdana muzikal Ola Bola sebelum orang lain! Wow!

Pertandingan ini bermula pada 7 Februrari 2019 dan akan berakhir pada 13 Februari 2019, dan korang hanya perlu membuat satu post TikTok dengan lagu I Cover You.

Jangan lupa gunakan #icoveryou dan #xtra dalam post korang!

Video yang paling kreatif dan menarik akan dipilih oleh team Xtra, jadi pastikan korang serlahkan kreativiti korang dalam video tu nanti okay!

Jadi apa tunggu lagi, jom tengok TikTok dengan barisan pelakon Muzikal Ola Bola. Nanti korang boleh jadikan inspirasi untuk video korang! Kot lah boleh menang kan?

  1. http://vt.tiktok.com/JJxnj5/
  2. http://vt.tiktok.com/JJGd7Q/
  3. http://vt.tiktok.com/JJy5Ad/

Video tersebut boleh dikongsikan di semua akaun sosial media korang,  seperti di Facebook, Instagram, dan Twitter.  Tapi jangan lupa untuk buat video official menggunakan akaun TikTok ya!

Seramai 30 pemenang akan dipilih oleh pihak kami dan pemenang akan diumumkan pada 15 Februari 2019.

Pengguna-pengguna TikTok juga boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% untuk tiket (berharga RM150 keatas sahaja) dengan menggunakan kod: TikTok10 (letakkan kod ini sebelum membuat pembayaran tiket) apabila pembelian dibuat melalui buyticket.asia

TikTok merupakan laman utama dunia untuk video ringkas dan memberikan peluang untuk semua orang menjadi direktor sendiri hanya melalui penggunaan telefon pintar. TikTok berdedikasi untuk membangunkan masyarakat dengan menggalakkan pengguna untuk berkongsi minat dan kretiviti mereka dalam berekspresif menerusi video mereka.

Pada awal tahun 2018, TikTok merupakan antara aplikasi yang paling dimuat turun dalam dunia. TikTok boleh dimuat turun di iOS dan Android. Korang boleh layari tiktok.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari website Musikal Ola Bola, atau  Facebook dan Instagram Enfiniti.

Jom tengok dulu sebelum orang lain!

Ad Ops