Categories: Filem

Vroom Vroom…Wheely Meluncur Laju Di Pawagam Esok!

Esok, filem Wheely akan meluncur laju ke seluruh pawagam di Malaysia. Filem animasi hebat di bawah label KRU International ini dilihat sebagai penanda aras baharu dalam bidang animasi tempatan.

Proses pembikinan Wheely mengambil masa empat tahun untuk menyiapkannya di mana ia turut membariskan lakonan suara Zizan Razak, Lisa Surihani dan Johan.

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Wheely Dato Norman Abdul Halim memberitahu pembikinan filem Wheely mengambil sedikit masa panjang kerana memerlukan proses persediaan yang panjang.

“ Bermula dengan proses penyediaan skrip selama lebih setahun, kemudian diikuti proses produksi yang memakan masa lebih dua tahun.

“ Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tempahan dari 100 buah negara. Antaranya beberapa negara besar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan Jerman serta beberapa negara kecil seperti Poland, Ecuador dan Slovakia,” katanya memberitahu kesemua wakil dari setiap negara sudah mengesahkan pembelian dan sudah membayar wang pendahuluan.

Filem yang menelan bajet lebih daripada RM10 juta ini mengisakan sebuah teksi bernama Wheely yang mempunyai impian untuk menjadi raja jalanan di kampung halamannya iaitu di Gasket City. Apabila gadis impiannya diculik, dia terpaksa berdepan dengan musuh iaitu kereta elit, lori gangster dan sebuah treler 18 tayar yang merupakan ketua sindiket penyeludupan kereta mewah. Jom serbu panggung berhampiran anda bermula esok 16 Ogos, jangan lupa bawa si comel anda juga ya!

SGMS Faida