Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 20, 2020 @ 4:15pm

Foto diambil menggunakan dron ini bakal membuat anda terpukau, wajib lihat foto nombor 5!

Seiring perubahan teknologi yang semakin berkembang pesat, penggunaan dron atau pesawat pintar tanpa juruterbang yang pada awalnya digunakan dalam tugas keselamatan tentera kini dilihat digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor termasuk pertanian.

Dikawal menggunakan alat kawalan jauh atau sistem yang diprogramkan menerusi komputer, dron yang turut dilengkapi kamera ini mempunyai pelbagai fungsi seperti melakukan pengiriman barang, pemetaan lokasi dan memberi akses kepada masyarakat umum untuk meneroka imej dan video daripada sudut atas.

Berikut merupakan beberapa gambar luar biasa yang dirakam menggunakan dron dan dikongsi menerusi laman sesawang World Travelling. Gambar yang dirakam di serata dunia ini memang luar biasa dan mengagumkan. Tak percaya, lihatlah sendiri.

1. Air Terjun Mardalsfossen

Keindahan air terjun Mardalfossen yang berjaya dirakam oleh dron. Air terjun Mardalfossen yang terletak di Romsdal, Norway ini merupakan antara air terjun tertinggi di Eropah. Air terjun yang jatuh ke dalam Tasik Eikesdalsvatnet ini berasal dari sungai Mardola yang mengalir dari lembah berdekatan.

2. Pacific Northwest

Dron merakam keindahan musim salji di satu kawasan Barat Laut Pasifik. Menurut pengemudi dron yang merakamkan gambar beekenaan, suhu sejuk pada ketika itu kira-kira 5 darjah Fahrenheit di paras laut dan -20 darjah Fahrenheit pada 14,000 hingga 15,000 kaki.

foto diambil dron

3. Penerjun hebat

Aksi penerjun ini dirakam menggunakan dron di wilayah Heilongjiang, China. Imej hebat ini adalah hasil daripada kapasiti manusia, teknologi dan masa yang teliti. Menurut individu yang merakam aksi berkenaan, penerjun itu berusia 60 tahun dan merupakan pemegang rekod dunia Guinness untuk menyelam air terjun. Wah!

foto dirakam dron

4. Keindahan teratai

Aksi seorang wanita menanam teratai di sebuah kolam di Delta Mekong, Vietnam ini dirakam oleh dron dan pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam kategori People pada Pertandingan Fotografi Dron Antarabangsa 2017.

pelancongan vietnam

5. Cabaran otak

Direka bentuk seperti bentuk otak, interchange road ini seolah-olah jalan raya yang paling rumit di bumi.

foto dirakam dron

6. Unta padang pasir

Pemandangan udara padang pasir yang menakjubkan ini dirakam oleh Abdullah Al Nassar. Dapat dilihat sekumpulan unta menyelusuri padang pasir di timur laut Riyadh, yang turut dikenali sebagai Lembah Tersembunyi kerana gunung-gunung tinggi di sekelilingnya.

foto padang pasir

7. Gunung Moab, Utah

Imej yang dirakam oleh Max Seigal ini merupakan pemenang tempat pertama anugerah fotografi International Drone Footage 2016. Imej merakam seorang pendaki memanjat sebuah gunung di Moab, Utah.

foto indah dirakam dron

8. Penternak itik

Penternakan itik merupakan antara sumber pendapatan penduduk di Vietnam. Dron berjaya merakamkan aksi penternak memberi makanan kepada itik peliharaannya dan pergerakan itik dalam kumpulan mewujudkan bentuk yang berbeza di atas permukaan air.

foto hebat dirakam dron

9. Letusan gunung berapi

Dengan adanya teknologi seperti dron, ia membolehkan kita untuk merakamkan imej di kawasan yang berbahaya dan tidak mampu dijejaki oleh manusia. Imej hebat yang diambil oleh sebuah lagi dron ini menunjukkan lava mengalir di antara dua gunung dan menggambarkan betapa kuatnya letusan gunung berapi di Iceland.

lava letusan gunung berapi

10. Detik bersama ikan paus

Imej menakjubkan dari atas udara ini menunjukkan seorang penyelam secara tidak sengaja terserempak dengan mamalia besar ini ketika menyelam di lautan. Penyelam itu bertuah kerana berjaya berenang dari jauh dengan ikan paus itu dan detik indah ini berjaya dirakam oleh dron.

foto dirakam dron

11. Rumah kapal terbang

Nampak seperti pesawat Boeing 727 terbengkalai di dalam hutan, namun sebenarnya ia adalah rumah milik Bruce Campbell di Portland, Oregon.

foto dirakam dron

Selain gambar luar biasa ini, ada banyak kagi gambar yang menarik perhatian hasil rakaman dron:

12. The Whompoa, Hong Kong

foto dirakam dron

13. Bayang-bayang Zebra

foto dirakam dron

14. Musim luruh di Romania

foto indah dirakam dron

15. Berjemur bersama-sama ikan pari di Sri Lanka

foto indah dirakam dron

16. Arnab Gergasi

foto dirakam dron

17. Dubai Miracle Garden

foto indah dirakam dron

18. Kesesakan lalu lintas luar biasa di China

foto dirakam dron

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Featured Tue, 6 Sep 2022

“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Itu penjelasan bapa kepada pelakon cilik yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh😱

Featured Fri, 8 May 2020

Seri jadi isteri, Zahirah MacWilson wajah Lebaran Innai Red

Lawa-lawa koleksi Lebaran Innai Red tahun ini

Featured Fri, 6 Dec 2019

Ini cara banyakkan bekalan susu badan selepas bersalin

Anda tidak perlu bergantung kepada susu formula.

Featured Mon, 21 Nov 2022
Featured Sun, 24 May 2020
familuv Wed, 17 Oct 2018

Menggosok Baju Bayi, Salah Satu Cara Ibu Prihatin Memelihara Kulit Si Kecil

Haba dari seterika boleh membunuh serangga micro yang tidak kelihatan!

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Gaya Hidup Fri, 16 Mar 2018

Panaz Heatpants Skirt Beri Efek Berpeluh Secara Berganda Tatkala Bersenam

Berita baik untuk anda yang mahu menurunkan berat badan dengan kadar segara atau mahukan kepuasan berpeluh tatkala bersenam.

error: Content is protected !!