Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 20, 2018 @ 10:42am

FreeSync vs G-Sync: Mana Satu Yang Lebih Sesuai?

Anda sedang berkira-kira mahu membeli monitor PC yang baharu dan terjumpa dengan terminologi teknologi G-Sync dan FreeSync yang wujud di dalam monitor yang anda cari sebentar tadi.

Apa itu G-Sync dan FreeSync?

Dua terma tersebut membawa maksud teknologi monitor yang masing-masing dibangunkan oleh NVIDIA dan AMD bagi menyelesaikan masalah yang sering wujud di dalam monitor yang digunakan dalam aplikasi yang memerlukan penyahkodan yang tinggi seperti games.

Untuk sesi permainan yang intensif, monitor akan mengalami beberapa masalah paparan yang boleh menganggu sesi permainan anda. Masalah seperti screen tearing, input lag dan stuttering sedikit sebanyak mengurangkan konsentrasi pemain semasa di dalam permainan.

Teknologi G-Sync digunakan bersama-sama cip NVIDIA yang diletakkan di dalam monitor itu sendiri manakala FreeSync menggunakan fungsi di dalam kad grafik bagi mengawal kadar refresh monitor melalui protokol Adaptive Sync yang ada di dalam port display.

Screen tearing dan stuttering berlaku apabila berlaku kegelinciran antara bilangan frames yang diberikan oleh kad grafik setiap saat dengan berapa kali monitor itu melakukan kadar refresh setiap saat. Sebagai contoh, setiap kali imej dihantar ke monitor seterusnya dalam proses ‘melukis’ dan satu imej lagi dihantar dalam masa yang sama, proses ‘melukis’ tadi terhenti serta merta dan proses ‘melukis’ untuk imej selepasnya diteruskan. Ini membuatkan hasil keseluruhan yang keluar di monitor tidak siap dan mencacatkan keseluruhan grafik akhir. Semuanya berlaku dalam kiraan masa kurang dari 1ms.

 Prestasi

Terdapat perbezaan prestasi yang disedari oleh pengguna antara kedua-dua teknologi ini. Pengguna mendapati masalah screen tearing dan stuttering boleh dikurangkan dengan FreeSync, satu lagi masalah muncul iaitu ghosting. Ia berlaku apabila objek di dalam skrin bergerak dan meninggalkan sedikit jejak imej tadi menghasilkan efek bayang.

Kesemuanya dikatakan berlaku kerana pengurusan tenaga; terlalu sedikit, imej terhasil mempunyai jarak di antara frames dan jika terlalu banyak boleh menghasilkan ghosting. Semuanya bergantung kepada penyesuaianteknologi refresh dan pengurusan tenaga yang seimbang.

G-Sync pula mempunyai masalah kelipan apabila berada di dalam kadar frames rendah tetapi kebanyakkan dapat diselesaikan sendiri oleh G-Sync. Kebanyakkan ulasan dilihat memilih G-Sync berbanding FreeSync yang tidak mempunyai masalah semasa berada di dalam kadar frame rendah.

Kos

Bila bercakap mengenai kos, AMD terbukti memberikan pilihan harga yang lebih rendah kepada pengguna berbanding NVIDIA. Untuk kad grafik AMD bersenibina Polaris atau VEGA, AMD menghasilkan produk yang tidak terlalu membebankan kepada poket pengguna dan dalam masa yang sama kualiti yang dihasilkan juga tidak mengecewakan.

Tetapi berbeza untuk teknologi monitor ini kerana teknologi FreeSync masih lagi tidak memberikan cabaran yang kuat kepada NVIDIA walaupun harga yang ditawarkan lebih murah.

Adaptasi teknologi oleh kedua-dua pengeluar adalah berbeza dan pengeluar monitor perlu membayar sedikit yurankepada NVIDIA bagi menggunakan teknologi G-Sync di dalam perkakasan mereka dan kemudian menyumbang sedikit ke dalam harga jualan monitor tersebut.

Pengguna tidak boleh menggabungkan kedua-dua teknologi ini bersama dan perlu memilih salah satu daripadanya. Jika NVIDIA, kad grafik NVIDIA yang sesuai bersama-sama monitor G-Sync perlu difikirkan oleh pengguna terlebih dahulu. Untuk AMD, kad grafik paling murah boleh didapati di dalam pasaran yang menyokong fungsi FreeSync adalah R7 260.

Kesimpulan

G-Sync telah wujud lebih lama berbanding FreeSync dan ia merupakan kelebihan kepada NVIDIA yang juga sebagai pendahulu pembuat kad grafik di pasaran. Teknologi tersebut juga telah matang berbanding FreeSync yang muncul lebih lewat dari G-Sync.

AMD perlu bekerja keras bagi mengejar NVIDIA dalam teknologi monitor mereka dan sejarah membuktikan mereka sedang melakukannya di dalam pasaran kad grafik dan cip pemprosesan CPU.

Untuk mereka yang mahukan nilai kepada wang dibelanjakan, jenama NVIDIA dipercayai dapat melakukannya dan untuk yang berbajet rendah, FreeSync juga tidak jauh di belakang dan masih memberikan pengalaman permainan yang lebih baik kepada pengguna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 28 Apr 2018

Pembesar Suara Pintar Facebook Mungkin Dilancarkan Oktober Ini

Syarikat yang kini sedang diserang kontroversi, Facebook Inc dijangka akan melancarkan peranti pembesar suara pintar mereka pada suku terakhir tahun ini, menurut Digitimes. Pada awalnya, peranti tersebut mahu diperkenalkan kepada umu pada Persidangan Pembangun Facebook (F8) yang diadakan pada awal […]

TECH Sun, 29 Dec 2019

全球首款电子咖啡正式抵马!主打零尼古丁成分

全球第三大电子品牌「SNOWPLUS」正式在大马推出全新咖啡口味!

TECH Sun, 4 Mar 2018

Tips Hentikan Aplikasi Luar Daripada Mengakses Akaun Facebook

Tahukah anda bahawa pendaftaran aplikasi pada peranti pintar dengan menggunakan akaun Facebook berkemungkinan akan menyebabkan maklumat peribadi anda terdedah?

TECH Tue, 17 Jul 2018

Rebut Peluang Beli ZenFone Max Pro Pada Harga RM1

Asus melalui promosi RM1 Frenzy bakal menawarkan 20 unit bank kuasa ZenPower Slim dan 10 unit ZenFone Max Pro pada harga RM1. Ini berikutan kejayaan gedung rasmi dalam talian Asus Malaysia di Lazada yang berjaya memperoleh pengikut sebanyak lebih dari 12,000 […]

TECH Fri, 29 Jun 2018

“unlock” Dengan Cap Jari Untuk Peranti Yang Tiada Fungsi Tersebut

Maklumlah bukan semua mampu memiliki peranti Android dengan fungsi pengimbas cap jari. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara untuk mengimbas cap jari dengan menggunakan kamera utama.. Pertama sekali pasang aplikasi  ‘Fingerprint AppLock’ daripada Playstore. Setelah […]

LIFESTYLE Wed, 15 Jan 2020

Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

Ubah Sistem Elektrik Macam Rumah ‘Iron Man’, Lelaki Ini Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

TECH Tue, 12 Nov 2019

Bagaimana Microsoft Jepun Naikkan Produktiviti Syarikat?

Nak tahu best ke tak cuba praktik Kerja Empat Hari Tapi Bayar Gaji Lima Hari

TECH Sat, 28 Dec 2019

SKMM Buat Kajian Melalui Panggilan

Ini Senarai Nombor Telefon Yang Mungkin Menghubungi Anda

TECH Sat, 23 Nov 2019

Waze Papar Harga Tol Yang Perlu Dibayar Sepanjang Perjalanan

Jom tengok apa yang baru di applikasi Waze

TECH Thu, 1 Mar 2018

简单优雅的桌子一秒变身成置物架

据统计,一张家用的普通桌子每天只用3个小时左右。那么在剩余的21小时里,它除了占用空间,还能怎么用呢?一张来自德国简单又优雅的桌子,为空间利用提供了新思路。

error: Content is protected !!