Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi May 5, 2025 @ 5:25pm

Fury Championship Terima Sambutan Hangat

Diketuai oleh Wafiy A’an selaku Ketua Pegawai Operasi (CEO) dan Jaa Suzuran selaku Ketua Pegawai Pemasaran (CMO), Fury Championship lahir daripada minat mendalam mereka terhadap sukan tempur serta visi untuk membawa industri ini ke tahap lebih tinggi.

Fury Championship merupakan sebuah acara pertarungan tinju dan muay Thai yang disertai 18 peserta.

Ia termasuklah dalam kalangan selebriti, artis dan atlet profesional dari Malaysia dan Indonesia.

Bagi Wafiy, ini juga merupakan titik permulaan kepada sesuatu lebih besar yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

“Kami masih tidak percaya kami boleh buat sukan tempur gah seperti ini, kami tidak jangka, ramai orang beranggapan kami tidak mampu memandangkan kami masih muda.

“Matlamat kami adalah untuk merangsang sukan tempur di Malaysia dengan menghimpunkan bakat paling menarik dari pelbagai latar belakang. Sama ada anda peminat tegar atau sekadar mencari hiburan penuh aksi, Fury Championship bakal memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” kata Wafiy.

Tambah Jaa, ini bukan sekadar malam pertarungan, tetapi sebuah gerakan untuk memperkembangkan sukan ini.

“Ia memberikan pengiktirafan kepada para pejuang, serta menghadiahkan peminat dengan aksi berkualiti tinggi,” katanya.

Dengan kemeriahan Fury Championship kali ini, Jaa tidak menolak sekiranya acara ini bakal muncul di kaca televisyen suatu hari nanti.

“Walaubagaimanapun, jika ada kolaborasi yang kami boleh lakukan, kami terbuka untuk mana-mana kerjasama,” katanya lagi.

Selain menampilkan banyak pertarungan antara selebriti dan atlet, acara kemuncak Fury Championship yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur Jumaat lalu menyaksikan pelakon Ikmal Amry berjaya menewaskan lawannya iaitu sahabat sendiri, Hun Haqeem pada pusingan pertama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

‘Perang Bunyi’ di Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

sebuah ‘peperangan’ bunyi akan terjadi pada malam tu kan? Whoah, kami pun dah tak sabar rasanya nak saksikan dua kumpulan rock hebat ini beraksi.

Hiburan Sat, 12 Jan 2019

Fazura Duet Dengan Suami Sekali Lagi Dalam Paling Sempurna

Alahai, sweet betul pasangan suami isteri ni…

Hiburan Sat, 22 Jun 2024
Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Wed, 9 Jul 2025
Featured Tue, 20 Sep 2022
error: Content is protected !!