Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 26, 2024 @ 2:24pm

Gagal Tahan Sebak, Zahra Terharu Dinobat Juara XTRAXSTAR 2024

Hasil tidak pernah mengkhianati usaha, mungkin itulah ungkapan yang boleh diberikan buat juara #XTRAXSTAR2024, Zahra yang meraih markah tertinggi daripada lima finalis showcase akhir yang berlangsung pada malam tadi.

Kata Zahra, walaupun tidak meletakkan harapan untuk merangkul gelaran juara dek kerana sedar semua peserta memiliki bakat luar biasa, dia bagaimanapun bersyukur apabila berjaya meraih markah tertinggi daripada juri profesional.

“Saya bersyukur, gembira dan terharu. Semua yang bertanding pada malam tadi semua hebat-hebat dan masing-masing memiliki bakat luar biasa. Alhamdulillah, syukur.

“Malam tadi, saya hanya nak buat yang terbaik… kalah menang adat pertandingan, ” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh, Nurzahra Alya Mohd Asril, 18, mengaku Beyla Inara merupakan pesaing terdekatnya.

“Semua peserta hebat-hebat. Tapi yang Zahra rasa pesaing terhebat saya adalah Kak Beyla,” kongsinya.

@xtra_my Replying to @KHAIRULNIZAM ROSLI wow baru persembahan pertama dari contestant kita dengan lagu “I Surrender” nyanyian asal Celine Dion💖 power betul suara dia yeahh🔥🔥 #fyp #xtramy #xtraxstar2024 #alternaterecordsandtalents ♬ original sound – XTRA

 

Kelihatan gagal menahan sebak sebaik diumumkan menjadi juara #XTRAXSTAR2024, Zahra menjelaskan bahawa usaha dan sokongan keluarga terhadapnya selama ini akhirnya membuahkan hasil.

“Saya menangis sebab terharu kerana usaha selama hari ini akhirnya membuahkan hasil sekaligus dapat membuat keluarga bangga.

“Kepada Mama,  terima kasih sebab selalu ada susah senang saya. Mama sahaja tahu macam mana struggle nya saya untuk naik semula. Terima kasih sebab selalu dahulukan anak-anak walau dalam apa jua keadaan. Semoga saya dapat buat mama bangga dengan segala pencapaian saya selepas ini,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Untuk rekod, pemenang #XTRAXSTAR2024 bukan sahaja akan menerima gelaran juara tetapi, berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents.

Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

Artikel Berkaitan: #XTRAXSTAR2024: Aina Abdul, Aisha Retno, Jaclyn Victor… Pernah Sertai Program Nyanyian, 6 Penyanyi Ini Kini Bergelar Bintang Terkenal

Artikel Berkaitan: Mimpi Itu Percuma, Ini Harapan 5 Finalist XTRA XSTAR!

Artikel Berkaitan: Nak Jadi Penyanyi? Ini Cara Sertai Kempen Pencarian Bakat Baharu XTRA XSTAR 2024

Artikel Berkaitan: Kempen Pencarian Bakat Baharu Digital Bermula, XTRA XSTAR Mencari Pelapis Dunia Nyanyian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Sedih IG 23 Juta DiGodam

Mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Instagram peribadi pelakon Janna Nick, 22, pula digodam sejak petang Khamis. Kata Janna, akaunnya itu tidak boleh diakses selain gambar dimuatnaik dan profil yang diikutinya hilang secara tiba-tiba.  […]

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] Muncul Dalam MV Kekasih Pujaan Berbaju Melayu, Nur Sajat Bangga Sejak Kecil Jadi Rebutan – “Korang Tak Mampu Nyah”

Sajat tanya muka korang ada masuk video klip? Korang mampu? 🔥Ramai betul puji Sajat hensem eh…

Hiburan Wed, 15 May 2019

Adik Farid Kamil Terkejut Abang Dipenjara

Harap semua pihak faham & beri kami ruang…

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Hiburan Sat, 5 May 2018

Peminat Pujuk KRU Batal Bubar, Ini Jawapan Norman…

“Takkan ketika usia sudah 60 tahun nanti KRU masih menari-nari di pentas. Lagi pun tiada apa lagi yang mahu dikongsi,” kata Norman.

Hiburan Fri, 24 Nov 2023
error: Content is protected !!