Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal October 28, 2019 @ 12:37pm

Gaji Minimum RM1,200 Bagi Individu Masih Bawah Anggaran Gaji Kehidupan Wajar

Gaji minimum RM1,200 sebulan bagi individu dewasa yang tinggal di Lembah Klang masih di bawah anggaran gaji kehidupan wajar, menurut seorang ahli ekonomi.

Profesor ekonomi Sunway University Business School Dr Yeah Kim Leng berkata dengan gaji minimum tersebut, kemungkinan individu berkenaan perlu mempunyai sumber pendapatan tambahan untuk hidup di kawasan itu, sama ada melakukan dua pekerjaan, atau perniagaan sampingan.

“Menurut kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai pendapatan isi rumah pada 2016, median pendapatan bulanan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur adalah RM5,344.

“Terdapat dua peratus atau 55,600 isi rumah di Kuala Lumpur daripada sejumlah 2.8 juta isi rumah kumpulan B40 di negara ini. Tanpa pecahan lanjut mengenai profil pendapatan kumpulan B40, sukar untuk menentukan kadar kemiskinan mutlak dan relatif di ibu negara, ” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata seperti yang dilaporkan dalam kajian Bank Negara Malaysia pada 2018, gaji kehidupan wajar bagi seorang dewasa di Kuala Lumpur adalah RM2,700 sebulan, untuk pasangan tanpa anak (RM4,500 sebulan) dan pasangan dengan dua anak (RM6,500 sebulan).

“Bagi isi rumah B40 yang mempunyai median pendapatan bulanan sebanyak RM5,344 (pada 2016) di Kuala Lumpur, adalah mencabar bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada gaji kehidupan wajar untuk membeli rumah, kereta dan barangan lain,” katanya.

Gaji kehidupan wajar atau living wage ditakrifkan sebagai pendapatan minimum yang diperlukan untuk pekerja memenuhi keperluan asas mereka termasuk makanan, perumahan dan keperluan penting lain.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas berkata kerajaan mencadangkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama berkuat kuasa tahun hadapan.

Selain di Kuala Lumpur, isu kos sara hidup yang tinggi di bandar besar turut berlaku di negeri-negeri dan yang paling ketara adalah di Selangor, dengan penduduknya berhadapan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding negeri lain, walaupun secara purata pendapatan mereka lebih tinggi.

Penganalisis ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata walaupun pendapatan di Selangor lebih tinggi berbanding di negeri lain, penduduk di Selangor berhadapan dengan komitmen hutang rumah dan harga barangan yang lebih tinggi.

Beliau berkata secara purata isi rumah di Selangor membelanjakan 26 peratus pendapatan untuk perumahan, air, elektrik dan gas, manakala 14.8 peratus pula untuk makanan dan minuman bukan alkohol.

“Perbelanjaan ketiga tertinggi adalah untuk restoran dan hotel (14.6 peratus) dan keempat tertinggi merupakan pengangkutan (13.7 peratus). Kerajaan harus memantau isu isi rumah ini terutamanya dalam kategori B40 supaya mereka tidak tercicir dalam menikmati arus pembangunan di Selangor.

“Pada 2018, Selangor merupakan satu dari enam negeri yang menyumbang 72.1 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) nasional dan pertumbuhan KDNK Selangor sendiri adalah 6.8 peratus, iaitu melebihi paras nasional. Disebabkan itu, rakyat Selangor memperolehi purata pendapatan yang lebih tinggi berbanding negeri lain,” katanya.

Ahmed Razman berkata purata pendapatan kasar isi rumah setiap bulan di negeri ini ialah RM4,307 bagi B40, RM8,790 (M40), manakala RM21,125 bagi pendapatan T20. – BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018
Fab Foodies! Sun, 31 Mar 2019

为什么要吃早餐?营养师:有4大好处

为何要吃早餐?名人御用营养师说:“有4大好处,对健康帮助多。”

LIFESTYLE Sat, 26 Jan 2019

5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur

Jangan ingat isteri suka marah-marah atau moody. Kadang-kadang tak cukup tidur boleh jadi salah satu puncanya

LIFESTYLE Thu, 7 Mar 2019

休假日=补眠日?这样比连续熬夜更伤肝!

不少人喜欢利用周末末或者连假补眠,但你知道这样比连续熬夜更伤肝吗?

LIFESTYLE Wed, 20 May 2026

Semakin Ramai Selebriti & Usahawan Pilih Bangunkan Jenama Sendiri, Ini Yang Ramai Tak Tahu

Semakin ramai selebriti dan usahawan tempatan kini mula memilih untuk membangunkan jenama produk sendiri terutama dalam industri kecantikan, kesihatan dan penjagaan diri yang dilihat terus berkembang seiring pengaruh media sosial serta perubahan trend pengguna. Di […]

LIFESTYLE Mon, 23 Apr 2018

12星座谁的厨艺最烂?牡羊只会煮泡面……

民以食为天!懂吃的人不少,懂做菜的却不多呢,那么在12星座中,哪位有潜力成为厨神,谁又是天生地狱厨神呢,一起来看看吧!

LIFESTYLE Tue, 10 Sep 2019

Kes Bunuh Diri Berlaku Sekali Setiap 40 Saat

WHO berkongsi data tekanan hidup antara puncanya

LIFESTYLE Fri, 18 Jan 2019

This Little Tool From Face Inc Can Help Maintain Your Youthful Looks

The Face Inc Anti-Aging Micro-Therapy Kit is the latest breakthrough in Anti-Ageing technology.

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018
LIFESTYLE Mon, 15 Jul 2019

Awas! Jangan Campur Cecair Peluntur & Cecair Pencuci Lantai

Lebih berwaspada menggunakan cecair peluntur mahupun bahan pencuci lain

error: Content is protected !!