Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 8, 2019 @ 6:08pm

Gambar Mesra Viral, Pengarah Setelah Ku Dimiliki Mula Bersuara

Gara-gara gambar mesra hero dan heroin drama yang kini hangat ditayangkan, Setelah Ku Dimiliki tular di sosial media, netizen nampaknya ‘naik hantu’.

Mungkin ramai di antara mereka kecewa memandangkan kedua pelakon ini dimaklumkan sudah berpunya.

Rata-rata kurang senang dengan aksi mesra melampau mereka walaupun dikatakan ia mungkin antara babak dalam drama lakonan mereka Setelah Ku Dimiliki yang kini ditayangkan di TV3.

Baca: Gambar Zul Ariffin dan Intan Najuwa Berpeluk, “Tunang Tak Jeles Ke?”

Baca: Gambar Mesra ‘Bocor’ Di Instagram Buat Netizen Terkejut?

Walau bagaimanapun, menurut laporan sebuah portal, pengarah drama Setelah Ku Dimiliki, Osman Ali menafikan foto yang tular adalah sebahagian daripada gimik untuk menaikkan rating drama tersebut dan mengatakan bahawa dia tidak berada dia di lokasi sewaktu penggambaran montaj bulan madu watak Adriz dan Sarra dan babak aksi mesra mereka langsung tidak wujud dalam adegan drama berkenaan.

“Saya berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadxaman.
 
“Apa pun, saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.
 
“Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki,” katanya kepada Harian Metro.
 
Penolong pengarah Jai Nadxaman juga berkata walaupun dia melakukan dua versi penggambaran bagi montaj bulan madu antara Adriz dan Sarra, ia hanyalah babak berlari berkejaran di tepi pantai.
 
“Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.  Tidak ada adegan seperti itu dalam montaj bulan madu dirakamkan,” katanya. 
 
Nampaknya hanya tuan punya badan yang mampu menjawab soalan berkenaan gambar-gambar yang tular itu. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Elly Mazlein Menangis, Bakal Suami Hadiahkan…

Tak lama lagi dah Kak Lina Pom Pom!

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Kifarah Is Real” – Bekas Rakan Baik Tegur Rebecca Nur Al-Islam, Dakwa Sudah Penat Menasihati?

Akaun @hada_princess96 memberi pesanan terbuka agar Rebecca tidak bersikap sombong

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Dayang Nurfaizah Akui Mahu Tukar Angin?

Yeay! Tak sabar nak dengar lagu baru Dayang Nurfaizah

Hiburan Thu, 20 Feb 2025

Isu Hangat Ameera Khan, Jefri Nichol Sering Jadi Bualan… Ini Respons Neelofa

Neelofa memohon orang ramai agar menitipkan doa yang baik terhadap adiknya.

Featured Wed, 9 Mar 2022
Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Fri, 26 Aug 2022

Sokong Guna Kanabis Untuk Perubatan, Caprice Siap Cadang Buat New Weed Order!

Confirm masalah Malaysia settle bila wakil rakyat ‘tenang’ – Caprice

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Tahniah! Zaaim Juara Mentor 7

Alhamdulillah… Tahniah Zaaim!

error: Content is protected !!