Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin June 10, 2025 @ 10:22am

Game Popular ‘Honor of Kings’ Bergabung Dengan Luckin Coffee Dengan Kolaborasi Gaya Hidup & Permainan Digital

Permainan mudah alih popular Honor of Kings (HOK) kini bukan sekadar hiburan di skrin telefon, apabila ia “turun padang” menerusi kolaborasi penuh warna bersama jenama kafe terkenal yang baru sahaja membuka cawangan di Malaysia, Luckin Coffee.

Gabungan dunia permainan dan kopi premium ini mencuri perhatian ramai, terutama golongan muda yang hadir sempena pelancaran siri minuman baharu Fruity Series di cawangan Luckin Coffee, Sunway Pyramid.

Kolaborasi strategik ini mencipta satu fenomena baharu dalam dunia gaya hidup digital apabila Luckin Coffee menghidupkan watak-watak HOK di dunia nyata melalui sesi bertemu mesra eksklusif dengan dua cosplayer terkenal, Angellowee dan Lea, yang muncul sebagai karakter Shi dan Yao dari permainan tersebut.

Suasana gamat dengan kehadiran peminat yang berpusu-pusu untuk bergambar, berswafoto dan mendapatkan kad foto eksklusif sempena pembelian minuman siri baharu itu.

Lebih menarik, kerjasama ini turut memperkenalkan barangan edisi terhad Honor of Kings bermula 6 hingga 30 Jun 2025. Antara item yang menjadi rebutan peminat termasuk pop socket, gantungan telefon dan pelekat holografik, semuanya tersedia melalui tiga pakej istimewa iaitu Kombo Solo Buff (RM12) – satu minuman Fruity Series dengan pop socket atau gantungan telefon; Kombo Duo Buff (RM20) – dua minuman (sama ada dua Fruity Series atau campuran dengan bestseller) dengan barangan pilihan; dan Kombo Fruity Boost (RM18) – dua minuman Fruity Series lengkap dengan pelekat holografik.

Kempen ini turut menggalakkan keterlibatan digital, apabila Luckin menawarkan Pakej Buff Up percuma kepada 100 pelanggan pertama setiap hari dari 6 hingga 8 Jun, yang memuat naik gambar bersama standee HOK di Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #BuffUpWithLuckin dan tag rasmi kedua-dua jenama. Hadiah termasuk Fizzy Grape Americano percuma, baucar Beli 1 Percuma 1 dan dua kupon diskaun 40 peratus.

Honor of Kings, yang kini mencuri perhatian sebagai antara permainan paling digilai di Malaysia, menunjukkan bagaimana elemen digital mampu bersatu dengan pengalaman gaya hidup sebenar.

Melalui kolaborasi bersama Luckin Coffee, mereka bukan sahaja memperluas capaian jenama, malah menyemarakkan komuniti permainan melalui sentuhan kreatif dan promosi fizikal yang penuh kejutan.

Dengan pendekatan berani seperti ini, Luckin Coffee tidak hanya tampil sebagai penyedia kopi, tetapi turut menjadi pelopor budaya pop dan gaya hidup digital tempatan dan Honor of Kings menjadi sebahagian penting daripada naratif tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Tue, 2 Oct 2018

Berbau Tapi Bagus Untuk Kesihatan, Jom Makan Petai?

Petai yang berbau tetapi diamalkan sebagai ulam kerana banyak khasiat. Antara yang dikongsikan untuk anda

LIFESTYLE Sat, 14 Sep 2019

Ada Risiko Kalau Hujan Musim Jerebu

Kena lebib berhati-hati ye tidak kira musim jerebu atau musim hujan

Events Thu, 17 Nov 2022
LIFESTYLE Fri, 8 Jun 2018

如何带最少的行李去旅行,你知道吗?

很多人旅行,都会胡乱塞一堆东西,比如可能会用上的书,可能会用上的化妆品,甚至行李数量多的让人误会你在「搬家」吗?

Fab Foodies! Wed, 10 Apr 2019

Break Fast With These Delicious Meals this Ramadan by Resorts World Genting

Get a satisfying break fasting meal with all the delicious menus.

LIFESTYLE Thu, 25 Oct 2018

75 Years of IKEA: From a Simple Idea to a Bustling Business Model

For over 75 years, IKEA is driven by the belief that furniture can be affordable without sacrificing principles of quality, design and sustainability. What started as a small post order business has grown into a […]

Fab Foodies! Tue, 3 Jul 2018

Kongsi Rahsia Dapatkan Pinggang Ramping

Kongsi Rahsia Dapatkan Pinggang Ramping, Kena Cuba Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan

LIFESTYLE Fri, 28 Sep 2018
FESYEN Sat, 3 Mar 2018

Labuhkan Balik Tudung Dan Henti Jual Tudung Singkat, Lofa – Dr Norsaleha

Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

error: Content is protected !!