Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi June 1, 2023 @ 5:17pm

Gara-Gara Fesyen Keterlaluan, Ramai Mahu ‘Boikot’ Aina Abdul? Ini Respons Empunya Badan…

“Saya terluka juga bila nampak komen seperti itu”

Demikian respons penyanyi Aina Abdul apabila penampilannya sebagai juri tetap dalam sebuah program realiti nyanyian dilabel narsisistik oleh sesetengah netizen.

Menurut Aina, dia menerima kritikan tersebut dengan positif dan menyatakan dirinya tidak boleh menghalang orang untuk memboikot dirinya.

“Kerana fesyen saya, saya terima kritikan itu dan saya akan cuba yang terbaik untuk tidak terlampau keterlaluan. Saya tak boleh halang untuk orang suka atau tidak suka saya.

“Apa pun saya akan teruskan karier saya, macam mana saya sekarang. Saya akan perbaiki apa yang saya rasa perlu diperbaiki tapi saya tak boleh halang untuk orang boikot saya.

“Dalam erti kata lain, saya harap juga dalam karier saya ada sisi yang bahagiakan mereka,” ujar Aina.

Saban minggu fesyen Aina sering menjadi tumpuan apabila tampil dengan gaya yang boleh dikatakan agak keterlaluan sehingga ramai mendakwa menganggu pandangan penonton di belakangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan Dengan Beluncas, Fesyen Aina Abdul Dikritik Netizen – “Tolong Fikir Penonton Dekat Belakang”

Tidak berdiam diri, Aina menjelaskan situasi sebenar dengan menyatakan ‘team’ Aina sendiri yang duduk di kerusi belakangnya.

“Tak kisah berapa besar saiz yang saya pakai di kerusi juri itu penonton di belakang masih tidak nampak  kerana platform kerusi juri tinggi.

“Bukan saya nak pertahankan diri saya, tapi saya perlu nyatakan kebenaran. Yang duduk di belakang saya adalah ‘team’ saya sendiri. Dan mereka juga ada cakap masih tak nampak bila saya pakai baju bersaiz kecil,” jelasnya.

Dalam pada itu, pemenang Juara Anugerah Juara Lagu ke-37  itu meluahkan rasa teruja apabila dapat bekerja bersama pereka fesyen muda  tempatan.

“Ia adalah keinginan saya untuk berfesyen di luar kotak dan saya teruja apabila saya dapat bekerjasama dengan pelbagai pereka fesyen.

“Bukan sahaja pereka fesyen berpengelaman, tetapi saya ingin mengangkat sentuhan pereka fesyen baru ataupun muda sebagai pelapis yang bakal menggantikan pereka sedia ada kelak,” katanya.

Sumber: F8Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020
Featured Wed, 20 Jul 2022

Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Difahamkan pendakwaan tidak diteruskan kerana pendakwaan dan hukuman ke atas Siti Nuramira di mahkamah sivil lebih berat daripada di mahkamah syariah.

Featured Thu, 8 Jun 2023

Masih Timbul Isu Bodyshaming, Isteri Kesal Tindakan Blogger Sengaja Api-Apikan Hubungan Aaron Aziz & Syamsul Yusof

Alahaiiii, kesian Datuk Aaron 🥲🥲 Sampai bila kes bodyshaming ni nak habis 🫨

Featured Mon, 15 Nov 2021

“Saya Dah Berumur 24 Tahun” – Aktif Berlakon Semenjak Usia Kanak-Kanak & Remaja, Netizen Tak Boleh Terima Afieq Shazwan Bawa Watak Suami

Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendedahkan ramai peminat tidak dapat menerima lakonannya sebagai lelaki dewasa. Terlibat dalam industri hiburan semenjak di usia kanak-kanak, Afieq kini memegang watak sebagai seorang suami dalam drama bersiri Diari Seorang […]

Featured Mon, 17 Apr 2023

Isu Pecah Pasu RM400,000, Yana Samsudin Dedah Kejadian Sebenar… – “Saya Ada Bukti & Tak Bersalah!”

Haaa, Yana bukan tak mampu nak bayar. Korang pun janganlah serang dia 🫣

Featured Tue, 4 Apr 2023

Meerqeen Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Jadi Duta Jenama Mewah Antarabangsa!

#Meerna mesti seronok baby boss mereka jadi duta jenama mewah👏👏👏

Trending Sat, 8 Dec 2018

Cebisan Paru-Paru Terkeluar Melalui Mulut

Lelaki Batuk Sangat Teruk Sehingga Cebisan Paru-Paru Terkeluar Melalui Mulut

error: Content is protected !!