Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops July 18, 2018 @ 2:30pm

Gaya Classy Selebriti Di Malam Tayangan Perdana Filem Pulang

Semalam telah berlangsungnya Malam Tayangan Perdana Filem Pulang di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, para tetamu jemputan dan rakan media berpeluang menonton secara eksklusif filem terbesar terbitan Primeworks Studios itu yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 26 Julai 2018.

Selain keterujaan para tetamu untuk menonton buat julung kalinya filem epik arahan Kabir Bhatia itu, lensa kamera pada malam tadi turut tertumpu pada himpunan fesyen yang diperagakan selebriti yang hadir.

Bertemakan Classy, jom kita lihat gaya fesyen individu yang hadir di malam gala tersebut.

Remy Ishak

Tonggak utama filem Pulang, Remy Ishak tampil segak dengan sut biru navy jenama Hackett. Penampilan pemegang watak Othman yang hadir berkacamata ini turut dilengkapkan lagi dengan jam tangan mewah jenama Jaeger-LeCoultre.

Puteri Aishah

Puteri Aishah tampak anggun dengan top hitam turtle neck daripada material baldu di samping peplum pencil skirt rona biru navy. Gaya classy watak Thom ini turut terserlah dengan ikatan hair bun serta solekan minimalis dari Dr. Mukhlis.

Che Puan Juliana Evans

Pelakon cantik Che Puan Juliana Evans nampak eksklusif dengan sut tekstur songket rona biru laut dari Koleksi Musim Luruh 2014 pereka tempatan, Ezzati Amira. Gaya elegan ini dilengkapkan lagi dengan clutch biru jenama Louis Vuitton.

Azrel Ismail

Pemegang watak Omar dewasa ini nampak tampan dengan sut warna kelabu dari jenama Sacoor Brothers.

Jom lihat gaya fesyen selebriti lain serta orang kuat di belakang tabir filem ini.

Erwin Dawson

Alvin Wong

Sherry Al Jeffry, Dato’ Jalaluddin Hassan & Aida Khalida

Datuk Ahmad Izham Omar & Omar bin Othman

Kabir Bhatia

Kredit foto: NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 8 Apr 2019
Featured Fri, 10 Apr 2020

FK by Farah Khan, koleksi lebaran pada harga berpatutan buat penggemar fesyen

Koleksi ini diinspirasikan oleh keindahan Marrakech

Featured Wed, 15 Aug 2018

Semuanya Cantik-Cantik Belaka, Anak Selebriti Tempatan Yang Mana Pilihan Hati Anda?

Berstatus anak selebriti tempatan, lapan remaja ini membesar dengan pesona diwarisi kedua ibu bapa mereka.

Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018

10 Selebriti Hollywood Dengan Ukuran Pinggang Kurang 25 Inci

Sebahagian besar daripada mereka  tidak makan selepas jam 8 malam.

Featured Mon, 17 Feb 2020
Featured Fri, 4 May 2018

12 Foto Hasil Pembedahan Plastik Warga Korea Yang Mengejutkan, No. 11 Paling Ketara!

Ada prosedur yang tak berapa nak jadi. Tapi kalau berjaya, transformasinya memang amazing!

Featured Thu, 19 Mar 2020

Tudung labuh kekal popular dalam kalangan wanita hari ini

JimmyScarves hasil rekaan lebih kontemporari

Acara Wed, 26 Feb 2020

Berpeluh sakan di gimnasium mewah, TP Zumba syok habis!

Aktiviti itu bersempena pelancaran Najwa Sports Black Series

error: Content is protected !!