Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops May 22, 2018 @ 5:00pm

Gaya Fesyen Tun Dr Siti Hasmah Yang Klasik, Simple & Sopan, Memang Patut Direspek

Walaupun beliau adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang, Tun Dr Siti Hasmah memang terkenal dengan personalitinya yang simple serta suka merendah diri.

Sifatnya yang bersahaja ini juga dapat dilihat melalui gaya fesyennya yang langsung tak nampak over-the-top.

Walaupun dia mungkin cukup berduit untuk melaram, Tun tetap memilih untuk tampil dengan imej yang simple.

Dan yang menariknya, gaya penampilannya tak berubah dari dulu lagi. Walaupun trend fesyen asyik bertukar setiap 3 bulan, Tun kekal dengan pendiriannya untuk berpakaian mengikut cara yang dia suka iaitu secara low profile.

Ada juga di antara anda yang mungkin akan ingat sebagai seorang public figure, dia patut serlahkan lagi identitinya di mata orang.

Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal dengan personalitinya yang rendah diri dan ini adalah sesuatu yang kita boleh pelajari daripadanya.

Jom lihat apa kombinasi item serta gaya fesyen yang kini sudah menjadi signature look bagi Tun.

1. Baju kurung biasa

Rasanya setiap kali anda nampak beliau di kaca televisyen atau di muka akhbar, mesti dia pakai baju kurung. Memang jaranglah untuk dia pakai kemeja dengan seluar. Dengan menggayakan baju kurung, dia bukan saja nampak sopan, malah ayu dan sweet.

2. Pemilihan corak dan warna pastel serta floral

Foto: Delvin Xian

Baju kurung beliau pun ada signature colour dan coraknya, ya. Menurut penampilannya di majlis-majlis keramaian sebelum ini, beliau nampaknya suka warna-warna pastel serta corak-corak bunga. Bila dia pakai, memang nampak sweet. Kalau tak berbunga pun, dia akan pilih warna plain. Kalau dia pilih warna atau corak yang lebih striking, mungkin itu tak sesuai dengan umurnya.

3. Aksesori mutiara

Foto: www.bharian.com.my

Jika anda rasa outfitnya simple, aksesori yang dia pakai pun sama simple. Kalau anda perasan, beliau selalu pasangkan baju kurungnya dengan rantai serta subang mutiara. Tak adanya dia nak terlalu ekstra dengan memakai rantai berlianlah, rantai kristallah.

4. Selendang yang dipin dengan kerongsang

Foto: asiatatler.com

Untuk majlis-majlis tertentu, Tun akan padankan baju kurungnya dengan sehelai selendang yang juga simple. Aksesori fesyen ini menambahkan lagi seri kepada rupa keseluruhan Tun.

5. Beg tangan

Foto: Facebook

Kita yang bergaji “ciput” pun ada hati nak pakai handbag beribu-ribu ringgit macam LV dan Coach. Padahal, Tun memakai handbag yang biasa-biasa saja. Antara jenama yang dia pernah dilihat pakai ialah Marie Claire dan Kate Spade. Ya, ini adalah jenama designer tapi ia taklah terlalu mahal sampai RM1,000.

Secara kesimpulannya, Tun Dr Siti Hasmah memang sempoi. Mungkin kita boleh contohi bukan saja personalitinya tapi juga gaya fesyennya yang humble.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Jan 2019
Featured Mon, 20 Apr 2020

Pashmina Bunga Citra Lestari serlahkan keayuan si pemakai

Cantik digayakan untuk pelbagai majlis

Featured Mon, 27 May 2019

5 sebab gincu matte terus diminati pada tahun 2019

The Matte Love tonjol bibir lebih mungil

Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018

Peniagawati Sediakan Platform Ke New York Fashion Week Untuk 18 Pereka Fesyen Malaysia

Ini merupakan kali kedua pereka fesyen Malaysia menyinari pentas fesyen di bandar itu.

Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018
Featured Mon, 30 Mar 2020

Gaya ceria dan retro polka dot serlahkan si hijabista

Sesuai untuk semua peringkat umur

Featured Fri, 21 Feb 2020

Linda Rafar & Diana Rafar bongkar rahsia kecantikan

Ketahui rahsia adik-beradik itu kekal cantik berseri

Oh Lawa Tue, 5 Feb 2019

Etika pemakaian denim di pejabat yang perlu anda tahu

Elak denim berwarna luntur atau koyak! 

Oh Lawa Thu, 4 Oct 2018
Featured Thu, 18 Oct 2018
error: Content is protected !!