Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin April 26, 2026 @ 12:14pm

Gaya Hidup Bijak… Aplikasi Emas Digital Kini Jadi Pilihan Simpanan Lebih Fleksibel, Yana Samsudin Pun Approve!

Dalam dunia yang semakin pantas, cara orang mengurus kewangan juga mula berubah. Kalau dulu simpan emas identik dengan barang kemas atau jongkong fizikal, kini trend baharu mula mendapat perhatian iaitu emas digital yang boleh diurus terus dari telefon.

Pendekatan ini dibawa oleh MHS Gold menerusi pelancaran aplikasi emas digital yang memudahkan pengguna membeli dan mengurus pegangan emas secara dalam talian dengan cara lebih santai dan mesra pengguna.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat pembelian pada bila-bila masa tanpa perlu ke lokasi fizikal. Setiap pegangan pula disandarkan kepada emas sebenar yang disimpan dengan selamat, memberi rasa yakin bahawa simpanan itu bukan sekadar angka di skrin.

Apa yang menarik, aplikasi ini tidak hanya fokus kepada urusan jual beli, tetapi turut menawarkan pengalaman interaktif yang membantu pengguna membina simpanan emas secara konsisten. Dari menetapkan sasaran sendiri hinggalah memantau perkembangan pegangan, semuanya boleh dilakukan dalam satu platform.

Malah, emas digital yang dikumpul juga boleh ditukar kepada emas fizikal apabila diperlukan, memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk menyesuaikan simpanan mengikut gaya hidup masing-masing.

Dengan nilai serendah RM10, sesiapa sahaja boleh mula memiliki emas tanpa tekanan modal besar. Pendekatan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada lebih ramai untuk mula menyimpan secara berperingkat.

Menurut pengasas MHS Gold, Mohamad Hifzhan Saifuddin, pembangunan aplikasi ini memberi tumpuan kepada keselesaan pengguna.

“Aplikasi ini direka supaya orang ramai lebih mudah untuk mula memiliki emas tanpa proses yang rumit. Kami mahu pengalaman itu terasa ringan dan tidak membebankan.

“Pada masa sama, kami ingin pengguna rasa seronok menggunakan aplikasi ini. Bila semuanya lebih mudah dan konsisten, ia secara tidak langsung membantu mereka lebih berdisiplin dalam mengurus simpanan,” katanya.

Dalam masa yang sama, MHS Gold turut menitikberatkan aspek pematuhan terhadap garis panduan operasi bagi memastikan setiap urusan berjalan dengan lebih telus dan teratur.

Menariknya, pelakon dan usahawan Yana Samsudin dipilih sebagai duta jenama. Pemilihannya dilihat selari dengan imej yang dekat dengan masyarakat serta pendekatan gaya hidup seimbang yang sering dikongsikan.

Selain aktif dalam dunia seni, Yana juga dikenali sebagai usahawan yang gemar berkongsi tentang pengurusan kewangan secara praktikal, menjadikan kolaborasi ini lebih relevan dengan golongan sasaran.

Secara keseluruhan, kemunculan aplikasi seperti ini mencerminkan perubahan gaya hidup moden, di mana pengurusan kewangan kini bukan lagi sesuatu yang rumit, tetapi boleh diurus dengan lebih fleksibel, mudah dan dekat dengan kehidupan seharian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Sat, 5 Jan 2019

Bau Busuk Selepas Melunaskan ‘Hajat’, Ini Cara Menghapuskannya!

Pastikan bau tandas sentiasa dalam keadaan menyenangkan!

Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019

Toys “R” Us tawar set mainan baharu sempena cuti sekolah

Promosi dan acara menarik turut menanti pembeli

Featured Mon, 30 Sep 2019
Gaya Hidup Sat, 18 Aug 2018
Featured Wed, 17 Jul 2019

Kejutan filem Kingdom pasti membuatkan penonton terpaku!

Berdebar jantung dan tak kering gusi dibuatnya!

Featured Fri, 5 Jun 2020
Featured Mon, 24 Dec 2018
Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018

Ingin Menguasai Teknik Memotong Bawang Besar? Pelajari Daripada Video Ringkas Ini

Kalau nak pandai memasak, sekurang-kurangnya belajar teknik ini dulu.

Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Telefon Bimbit Jejaskan Kulit. Bawa Lebih Banyak Kuman Berbanding Tandas Awam?

Tahukah anda telefon bimbit dianggap tidak bersih dan membawa lebih banyak kuman berbanding tandas awam.

error: Content is protected !!