Categories: Gaya Hidup

Nak Basuh Hijab Pun Ada Caranya. Ini 12 Tip Penjagaan Hijab Yang Perlu Anda Tahu

Pelaburan membeli hijab berjenama kegemaran pasti diharapkan berbaloi yang mana item itu boleh disuai padan dengan pelbagai gaya. Paling utama, perlulah kekal lama supaya setiap sen yang dilaburkan, berbaloi-baloi. Ini bagaimana tips penjagaan ‘mahkota’ kedua untuk hijabster seperti kamu!

1) Basuh menggunakan tangan. Putaran mesin basuh mungkin terlalu kasar yang mungkin boleh merosakkan tekstur dan perincian hijab. Jika terpaksa, masukkan di dalam beg laundry dengan menggunakan putaran paling minimal.

2) Basuh hijab berwarna cerah dan gelap secara berasingan untuk mengelakkan kelunturan warna atau warna ‘berpindah’ ke helaian lain.

3) Gunakan air sejuk setiap kali, kecuali apabila ada arahan khusus.

4) Hanya secubit sabun basuh patut digunakan.

5) Untuk menyingkirkan kesan kuning pada hijab berwarna putih, gunakan larutan cuka dicampur air dan bukan peluntur yang mungkin terlalu kuat sehingga boleh merosakkan material.

6) Jangan memerah dengan kuat, belaian lembut untuk mengeluarkan air akan mengelakkan regangan keterlaluan yang boleh membuatkan hijab memeri.

7) Jemur di tempat terbuka, namun disarankan pada tempat yang terlindung cahaya matahari secara terus.

8) Bentangkan di tempat yang rata, bukan menggantung pada penyangkut baju atau ampaian kerana boleh memberi kesan pada bentuk.

9) Apabila menggosok, gunakan suhu paling rendah sebelum tingkatkan kepada kepanasan paling berkesan.

10) Setelah terkena kotoran, cepat-cepat bersihkan kerana selagi tidak dibersihkan, lebih susah ianya dibersihkan.

11) Perlu lebih lembut mengendalikan hijab material sifon kerana lebih mudah mengelakkan kotoran berbanding membersihkannya.

12) Untuk satu tompok kotoran, lebih selamat membuat patch test terlebih dahulu sebelum membasuh keseluruhan hijab.

Sumber: Aplikasi Wanita

Ad Ops