Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops October 23, 2018 @ 4:00pm

6 Negara Yang Mempunyai Waktu Rehat Yang Paling Lama Di Pejabat

Tak kiralah sebanyak mana pun anda sukakan pekerjaan anda, tak elok kalau anda tak dapatkan rehat yang secukupnya.

Di Malaysia ini, paling lazim adalah selama sejam iaitu dari pukul 1 ke 2 petang. Hari Jumaat seronok sikit kerana tempohnya dua kali ganda.

Tapi tahukah anda? Di negara-negara lain, ada yang dibenarkan rehat sampai 3 jam! Ini adalah undang-undang rasmi, ya. Bukan main-main atau pekerja di sana sengaja ponteng!

Nak tahu di mana? Teruskan baca untuk mengetahui bagaimana pekerja-pekerja ini menyusun masa.

Sepanyol: 3 jam

Foto: Lukasz Szwaj/Shutterstock

Ramai pekerja syarikat di negara ini berehat dari pukul 2 dan 5 petang, kemudian mereka akan bekerja selama 3 jam lagi sebelum balik. Gilalah!

Tapi kenapa khususnya waktu ini dan bukannya (sebagai contoh) dari 9 pagi ke 12 tengah hari? Ini adalah kerana cuaca di luar adalah paling panas ketika ini jadi produktiviti pekerja akan menurun, tak kiralah dia bekerja indoor atau outdoor.

Greece: 3 jam

Foto: Feel Good Studio/Shutterstock

Waktu rehat yang panjang di sini bukannya untuk berehat tapi ia lebih kepada menghormati tradisi waktu makan.

Orang Greek melihat makan tengah hari sebagai sajian terbesar dalam sehari itu, dan ini bermakna ia mengambil lebih banyak masa untuk dihabiskan. Pada pukul 2 petang, ramai orang akan balik rumah dan tidur sekejap. Pada pukul 5 petang, masuk kerja balik.

Perancis: 2 jam

Foto: MarinaDa/Shutterstock

Memang tak salah dari segi undang-undang bagi pemilik kedai di serata Perancis untuk menutup kedainya di antara pukul 2 dan 4 petang. Menurut akhbar elektronik thelocal.fr, sebuah bancian terbaru mendapati 43% pekerja Perancis menghabiskan masa 45 minit untuk makan tengah hari setiap hari. Jumlah ini adalah tertinggi bagi 14 negara yang dibanci.

China: 2 jam

Foto: SchnepfDesign/Shutterstock

Pekerja di sini berehat di antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang, di mana mereka makan sikit dan lepas itu tidur sekejap. Trend power nap ini dah makin berkembang di negara ini, menurut artikel “Pekerja kilang dibenarkan untuk tidur (nap) selama tak melebihi 30 minit”.

Brazil: 2 jam

Foto: Marcio Jose Bastos Silva/Shutterstock

Pekerja Brazil memang tahu bagaimana nak menggunakan waktu rehat mereka dengan sepenuhnya. Mereka selalunya akan merancang sebuah meeting di luar pejabat untuk pukul 10.30 atau 11 pagi. Kemudian mereka terus “berehat” selama dua jam. Tapi seperti Sepanyol, makan malam bermula lambat dalam sesuatu hari itu, dan ini membenarkan mereka untuk bekerja lebih lama dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Itali: 90 minit

Foto: Miiisha/Shutterstock

Ha, sejam setengah tak lah luar biasa sangat. Kalau di Malaysia, perkara ini mungkin boleh diterima jika boss anda tak cerewet. Tapi di Itali, 90 minit adalah standard, menurut bancian yang dibuat oleh Quickbooks. Bestnya!

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Air Milo Ais Campur Dengan Cheese Dan Durian? Sedap Ke? Jom Cuba

Sekarang ini, bukan sahaja makanan yang ada fusion, macam campuran masakan Thai dan Jepun. Minuman pun ada!

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Panduan penjagaan rambut bagi wanita bertudung

Dapatkan rambut yang cantik dengan penjagaan yang betul!

Featured Sat, 5 Jan 2019

Bau Busuk Selepas Melunaskan ‘Hajat’, Ini Cara Menghapuskannya!

Pastikan bau tandas sentiasa dalam keadaan menyenangkan!

Featured Fri, 16 Dec 2022

Video Wanita Galak Berjoget Demi Air Percuma, Ini Reaksi Aliff Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada individu yang tular di media sosial akibat berjoget demi mendapatkan minuman percuma di Pesta Pulau Pinang. @alifteegamana pergi malu😭 ♬ Calm Humming – Nasheed Menerusi video yang […]

Featured Tue, 11 Dec 2018

Bukan Manusia Saja Boleh Melengahkan Penuaan Kulit Wajah, Malah Buah Juga Ya!

Kesegaran buah dapat dipanjangkan sehingga 14 hari dengan pelekat StixFresh.

Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

4 Sayuran Ini Bagus Untuk Kurus

Umum mengetahui pengambilan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan badan. Malah, makan sayuran juga boleh membantu dalam diet seharian serta membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Gaya Hidup Tue, 4 Dec 2018

5 Barangan Isi Rumah Yang Bahaya Buat Si Manja!

Pelbagai jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan buat anda sekeluarga.

Featured Thu, 30 Apr 2020
error: Content is protected !!