Categories: Gaya Hidup

6 Perbuatan Biasa Yang Ratu Elizabeth II Tak Pernah Lakukan Seumur Hidupnya

Baginda telah menemui 12 orang presiden Amerika, menjelajah ke seluruh dunia dan menerima haiwan eksotik sebagai hadiah. Orang biasa-biasa langsung takkan berpeluang untuk melalui pengalaman yang sama.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang biasa dilakukan oleh rakyat jelata tapi Ratu Elizabeth II belum pernah buat langsung.

Jom ketahui apa dia.

1. Elizabeth tak pernah mengundi dalam pilihan raya

Mengikut undang-undang, beliau dibenarkan mengundi tapi menurut protokol Buckingham Palace, Ratu Elizabeth II patut berlaku neutral dalam hal-hal politik dan tidak boleh mengundi atau menyertai pilihan raya.

Undang-undang ini tidaklah sebegitu ketat bagi ahli kerabat diraja Britain yang lain. Tapi menurut jurucakap Buckingham Palace, ahli-ahli keluarga yang rapat dengan Ratu, seperti Putera Charles dan anak-anak lelakinya, pun tidak pergi mengundi.

2. Elizabeth tak pernah pergi ke sekolah

Foto: Historia/Shutterstock

Ratu Elizabeth II ialah seorang wanita berpendidikan walaupun beliau tak pernah diajar di dalam sebuah bilik kelas. Beliau dan adik perempuannya, puteri Margaret, telah ditutor secara bersendirian oleh para pengajar terbaik di negara Britain yang keluarga diraja mampu bayar. Beliau juga telah mempelajari sejarah dan undang-undang perlembagaan sebagai persediaan untuk menjadi seorang permaisuri.

3. Elizabeth tak pernah membuka akaun media sosial

Kebanyakan daripada ahli kerabat diraja Britain memang tidak memiliki akaun media sosial sendiri (Duke of York dan anaknya Puteri Eugenie ada akaun Instagram masing-masing). Tapi itu mungkin kerana mereka mempunyai orang yang mengendalikan akaun Instagram khas untuk keluarga diraja, iaitu The Royal Family dan Kensington Palace.

4. Elizabeth tak pernah menduduki ujian lesen memandu

Foto: Invicta Kent Media/Shutterstock

Memandangkan lesen memandu di Britain diisukan di bawah nama Ratu Elizabeth II, beliau bolehlah memandu di mana dan bila-bila saja yang beliau suka tanpa kad plastik itu. Walaupun sebagai seorang puteri, beliau tak perlu pun menjalani ujian memandu kerana pergi mana-mana pun beliau akan ada driver.

Walau bagaimanapun, Elizabeth telah belajar memandu ketika berkhidmat sebagai pemandu trak pertolongan cemas sewaktu Perang Dunia Ke-2 berlangsung. Pada masa itu juga, status dirajanya mengecualikannya daripada menjalani ujian memandu. Wah, best!

5. Elizabeth tak pernah memiliki kerja 9-To-5

Seumur hidupnya, beliau tak pernah melakukan kerja perjabat tipikal dari pukul 9 pagi ke 5 petang. Walaupun menjadi Ratu England adalah kerja 24 jam dan 7 hari dalam seminggu, memang syoklah! Forbes menganggar nilai bersih Elizabeth sebanyak $530 juta pada tahun 2016.

6. Elizabeth tak pernah perlu bertukar boyfriend untuk mencari pasangan hidup

Foto:

Beliau bertemu dengan cinta hatinya Putera Philip ketika berumur 13 tahun iaitu pada 1939. Philip pula berumur 18 tahun. Tak lama lepas itu barulah mereka mula berpacaran dan pada November 1947 mereka berkahwin. 71 tahun kemudian, mereka masih bahagia bersama. Nampaknya Elizabeth dulu tak perlu bertukar-tukar teman istimewa seperti wanita muda lain kerana beliau sudah pun menjumpai Prince Charmingnya awal-awal lagi. 

Hmm… macam best saja kalau jadi permaisuri.

Sumber: Reader’s Digest

Ad Ops