Categories: Gaya Hidup

8 Cara Berhadapan Krisis Kewangan

Keadaan ekonomi semasa yang merudum di peringkat dunia sudah tentunya memberi impak kepada semua. Namun, bagaimana caranya untuk kekal tenang berhadapan krisis kewangan ini? Ini caranya:

1) Jangan buang masa

Ramai yang sudah tertekan membazirkan masa kononnya untuk mengurangkan stress. Untuk itu, fokus dengan penyelesaian masalah yang perlu dihadapi, jika perlu rehat, luangkan masa seketika sebelum ‘serang’ masalah berkenaan dengan bergaya di esok hari.

2) Elakkan kebocoran

Untuk mengelakkan wang hilang tanpa jejak, sekat medium yang sering mendorong hal itu. Tinggalkan kad kredit atau debit di rumah apabila anda keluar. Juga, padamkan nombor akaun anda di website beli-belah.

3) Gunakan apa yang ada seoptimum mungkin

Untuk kekal menjalani hari seperti biasa, anda tetap perlu makan, minum dan  berlindung. Anda sebenarnya ada sumber berkenaan tanpa disedari. Tiba masanya menggeledah rumah untuk mencari apa sahaja yang boleh digunakan tanpa perlu berbelanja.

4) Rangka penyelesaian masalah

Apabila berhadapan krisis, adalah penting untuk mengetahui punca dan cara menanganinya. Rangka jalan keluar krisis dengan membuat kajian dan pembacaan berkenaan kewangan. Boleh juga berjumpa konsultan kewangan untuk nasihat lebih komprehensif.

5) Ambil tindakan

Sebaik mana sekalipun rancangan dibuat, tanpa tindakan, semuanya hanya sia-sia. Ambil tindakan yang boleh memberi kesan positif kepada kewangan. Contohnya, untuk mengurangkan beban hutang, mulalah menjual barangan preloved anda di Carousell, Mudah atau laman sosial.

6) Luahkan

Untuk introvert, pendekatan menulis jurnal boleh membantu. Tulis kemelut melanda di atas kertas, senaraikan segala kemungkinan dan susun strategi menanganinya. Bagi mereka yang extrovert pula, proses luahan perasaan dengan mereka yang dipercayai boleh membantu.

7) Amalkan diet sihat

Apabila zat dan nutrisi diambil tidak seimbang, anda akan cenderung untuk terkesan secara fizikal dan mental. Ini kerana, bila berdepan krisis, situasi yang kedengaran senang, hakikatnya sukar dihadapi.

 

8) Gunakan waktu senggang sebaiknya

Waktu terluang sebaiknya dimanfaatkan untuk hal yang benar-benar menggembirakan. Bukan bererti anda lari dari masalah, namun ia sebenarnya memberi ketenangan sebenarnya sebelum menyiapkan anda dengan cabaran sebenar selepas itu.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops