Categories: Gaya Hidup

Alahai Kacangnya Resipi Pulut Mangga Ini, Pejam Mata Pun Boleh Buat

Rahsia kecantikan wanita Thailand sering dikaitkan dengan pemakanan pulut serta penggunaan beras sebagai asas di dalam produk penjagaan kulit keluaran negara itu.

Sebuah lagi negara yang cukup sinonim dengan pulut adalah Jepun, yang cukup popular dengan makanan rujinya, Sushi. Sama seperti Thailand negara Matahari Terbit itu juga turut menganggungkan penggunaan pulut di dalam produk kecantikan mereka.

Mengkhusus kepada makanan istimewa Thailand, satu hidangan popularnya yang tular ke Semenanjung Malaysia sejak sekian adalah pulut mangga.

Pakar nutrisi mengesahkan bahawa pulut mangga adalah makanan sihat untuk dinikmati seisi golongan. Sekiranya menu ini dijadikan makanan ruji anda, ia akan memperlihatkan beberapa perubahan berlaku pada kulit yakni menjadi semakin putih, gebu dan licin.

Sementara buah mangga kaya dengan serat dan vitamin seperti A, C dan B6. Penyelidikan juga telah menunjukkan sebatian antioksidan dalam buah mangga yang untuk melindungi daripada kolon, kanser payudara, leukemia dan kanser prostat.

Justeru itu, mempelajari cara-cara memasak pulut mangga adalah perlu bagi wanita yang obses menjaga kecantikan. Istimewa buat anda, Hijab & Heels berkongsikan resipi istimewa ini untuk dicuba pada hujung minggu.

Bahan-bahan:

– 1 cawan beras pulut
– 1 cawan santan
– 4 sudu besar gula
– 1 sudu besar garam
– Daun pandan
– Tepung jagung (dibancuh dengan air)
– Mangga
– Bijan

Cara-cara menyediakannya:

1. Rendam beras pulut semalaman.
2. Kukus beras pulut selama 30 minit.
3. Dalam periuk lain, panaskan santan dengan api kecil.
4. Masukkan gula, garam dan daun pandan. Kacau.
5. Asingkan 1/4 cawan kuah santan dan gaul dengan pulut.
6. Masukkan tepung jagung ke dalam lebihan kuah santan.
7. Hidangkan pulut dengan mangga, kuah santan dan bijan.

Video : Seismik Makan

Yanie Baharom