Categories: Gaya Hidup

Anda Rasa Yang Mana Di Antara Dua Jenis Makanan Ini Ada Lebih Banyak Kalori?

Segenggam badam dan segenggam jeli buah. Satu daripadanya ialah bahan asli, manakala satu lagi bahan yang diproses dan dipenuhi dengan gula.

Secara logik, memang anda akan rasa yang badam itu lebih sihat. Tapi sebenarnya, dua-dua pun mengandungi jumlah kalori yang sama iaitu 188 kalori!

Foto: Instagram theFFFeed

Ini menunjukkan yang ada sesetengah makanan yang anda ingat sihat sebenarnya tak.

Blogger kesihatan dari London, Lucy Mountain, telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan perbandingan jumlah kalori di antara dua jenis makanan. Tujuannya ialah supaya orang tidak lagi melabelkan sesetengah makanan itu sebagai sihat atau tidak sihat.

Jom tengok apa lagi bahan makanan yang dibezakan jumlah kalorinya oleh Lucy.

Ha, peminat kopi, sila ambil perhatian. Ada beza besar tau, di antara white americano dan flat white.

Kismis memanglah sejenis snek yang elok, tapi anda mesti tahu yang kandungan gula dalam buah yang dikeringkan selalunya lebih tinggi.

Ramai yang kata dark chocolate lebih kurang gula dari milk chocolate. Sebenarnya, dark chocolate ada lagi banyak kalori. Pahit je lebih.

Biskut Belvita di atas digelar sebagai biskut sihat, manakala McVitie’s ialah biskut yang kononnya sihat tapi mengandungi gula sikit. Tak banyak beza pun! Baik makan je McVitie’s. Lagi sedap.

Kalau makan ikan salmon seperti di dalam gambar di atas, gerenti anda rasa lebih puas dan kenyang dari beberapa biji badam.

Badam lagi! Kali ini ia dibandingkan dengan pasta. Sama dengan kes ikan salmon tadi, pasta pasti lebih mengenyangkan. 

Tak sangka, kan? Jadi, kalau anda betul-betul nak jaga badan, teliti dulu kandungan makanan anda dan buat keputusan yang betul.

Sumber: Insider, Instagram @theFFFeed

Ad Ops