Categories: Gaya Hidup

Awas! 8 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Guna Microwave

Microwave merupakan alat yang perlu ada pada setiap rumah kerana ia dapat membantu anda untuk memanaskan semula makanan yang telah dimasak dengan lebih cepat. Tetapi, tahukah anda tidak semua jenis makanan boleh dipanaskan menggunakan microwave ini kerana ia akan membuatkan makanan itu kehilangan khasiatnya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengalami keracunan makanan!

Mesti anda tertanya-tanya apakah antara makanan yang tidak boleh dipanaskan menggunakan microwave kan? Kami senaraikan lapan jenis makanan yang tidak patut anda panaskan semula menggunakan microwave.

1. Daun Saderi

Anda pasti biasa menggunakan daun saderi untuk menyedapkan lagi masakan sup anda kan? Namun, khasiat daun saderi ini akan berubah sebaik sahaja anda memanaskan semula ke dalam microwave. Daun saderi mengandungi nitrat yang akan berubat menjadi nitrit toksik dan nitrosamines karsinogenik selepas dipanaskan semula. Sebaiknya, anda boleh nikmati sup yang mengandungi daun saderi ini ketika baru sahaja dimasak, pasti sedap dan berkhasiat!

2. Telur

Pernahkan anda panaskan semula telur dadar ke dalam microwave? Jika pernah, jangan buat lagi ya! Tidak kiralah telur dadar atau telur hancur sekalipun, telur tersebut akan menjadi toksik pada badan anda sekiranya ia dipanaskan semula. Anda boleh tambahkan lebihan telur ke dalam hidangan sandwich atau salad untuk mengelakkan daripada dipanaskan semula atau pembaziran.

3. Bayam

Bayam sememangnya mempunyai banyak vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Selain itu, bayam juga mengandungi nitrat yang akan berubah menjadi nitrit dan nitrosamines selepas pemanasan semula. Lebih baik anda tambahkan bayam dalam sandwich atau salad untuk mendapatkan khasiatnya secara langsung.

4. Cendawan

Ketahuilah bahawa cendawan mengandungi protein, vitamin dan asid amino yang tinggi namun ia tidak begitu mudah untuk dihadam. Sekiranya anda memanaskan semula lebihan cendawan yang telah dimasak, komposisi protein yang ada akan berubah. Keadaan ini akan menyebabkan anda mengalami sakit perut dan perut kembung. Jika anda tidak mahu membuang lebihan cendawan anda, letakkannya di dalam peti sejuk dan makan pada hari berikutnya selepas dipanaskan semula tidak melebihi 158 F (70 darjah Celcius).

5. Kentang

Kalau anda nak tahu, kentang yang dipanaskan semula dalam microwave akan kehilangan daripada segi rasa dan khasiatnya. Ia juga boleh menjadi punca kepada penyakit botullisme jika ia disimpan dalam bekas aluminium pada suhu bilik. Nasihat kami, jika anda mempunyai lebihan kentang rebus, anda boleh menambahkan dalam salad anda atau dimakan begitu sahaja.

6. Ayam

Mesti anda pernah lakukan kan? Sebenarnya, hidangan ayam yang dipanaskan semula akan menyebabkan komposisi protein yang terkandung dalam daging ayam tersebut akan berubah. Keadaan ini akan menyebabkan anda mengalami masalah pencernaan.

7. Buah bit

Foto: Manfaat.sehat

Mungkin buah ini jarang dimasak oleh anda, tetapi ketahuilah buah bit ini juga akan kehilangan khasiatnya sekiranya dipanaskan semula dalam microwave. Hal ini kerana, buah bit juga mengandungi nitrat yang boleh berubah menjadi nitrit jika dipanaskan semula. Anda boleh mendapatkan khasiat dari buah bit segar dengan menggunakannya dalam minuman smoothie.

8. Beras

Seperti yang kita ketahui, beras kaya dengan vitamin, mineral dan asid amino tetapi ia juga mengandungi spora bakteria walaupun selepas ia dimasak. Sekiranya anda membiarkan nasi pada suhu bilik selepas ia dimasak, bilangan bakteria yang terkandung akan bertambah dan ini boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pemanasan semula nasi ke dalam microwave tidak dapat menyelesaikan masalah ini, adalah lebih baik anda makan nasi selepas ia dimasak dan sejukkannya dalam peti sejuk selepas sejam dimasak dan simpannya sehingga keesokkan hari.

Sekarang anda sudah tahu jenis makanan yang tidak boleh dipanaskan semula menggunakan microwave kan? Kesimpulannya, amalan menghabiskan hidangan tanpa perlu disimpan adalah tabiat yang terbaik supaya kita mendapat nutrisi yang penuh dan lebih segar berbanding tabiat suka memanaskan makanan. Dengan cara ini juga, amalan membazir dapat dielakkan.

Sumber: Jelita

tex_admin