Categories: Gaya Hidup

Awas! Jangan Beli & Makan Sayur Romaine Lettuce Kerana Dicemari Bakteria E.Coli!

Anda gemar makan sayur hijau Romaine Lettuce? Kalau ya, anda perlu berhenti membeli dan memakan jenis sayuran ini!

Ini kerana, baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi amaran tentang bahaya memakan sayur jenis ini yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) kerana dicemari bakteria patogenik escherichia coli (E.coli).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM mengambil maklum artikel bertajuk “Romaine lettuce is not safe to eat, CDC warns US consumers” yang disiarkan The Washington Post pada 20 November lalu. 

“Berdasarkan maklumat menerusi Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM), Malaysia ada mengimport sayur romaine lettuce dari AS.

“Berikutan itu, berkuatkuasa 23 November 2018, pihak kementerian telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ‘Tahan, Uji dan Lepas’ (TUL) terhadap sayur romaine lettuce yang diimport,” katanya.

Foto: Consumer HealthDay

Untuk pengetahuan anda, pihak KKM juga telah memberi arahan kepada pengusaha yang menjual sayur ini untuk menarik balik penjualan mereka serta merta.

E.coli adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius sehingga boleh menyebabkan kematian jika tidak dikawal. Antara simptom orang yang menghidapi E.coli adalah berasa loya yang teruk, cirit-birit, sakit perut, muntah dan pening

Jadi, berhati-hatilah ketika membeli sayuran, sekiranya anda menjumpai mana-mana penjual sayur yang menjual sayuran jenis ini lagi (yang diimport dari AS), segeralah membuat laporan kepada KKM. 

Sumber: mStar

tex_admin