Bawa bekal ke sekolah, salah satu cara alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan harian.
Lebih dari itu sebenarnya, anda telah memainkan peranan sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak.
Ingat kebanyakan penyakit yang dialami rakyat Malaysia berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan seimbang.
Di sini Hijab & Heels, ingin berkongsi 5 resepi mudah yang boleh dimanfaatkan para ibu yang dikasihi untuk bekal anak-anak ke sekolah.
Sebahagian besar kanak-kanak kurang menggemari hidangan yang berat seperti nasi. Justeru itu anda boleh mencuba hidangan ringan atau finger food sebagai ‘pengalas perut’.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
2. Masukkan daging kisar. Gaul rata.
3. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
6. Popia lebih enak dihidangkan bersama sos cili.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Pecah dan pukulkan telur sehingga kembang.
2. Sapukan roti tadi dengan mayonis.
3. Kemudian letak kepingan keju di bahagian bawah manakala kepingan turkey ham di bahagian atas.
4. Panaskan mentega di dalam kuali leper sehingga cair dalam api yang kecil.
4. Seterusnya salutkan roti berintinkan turkey ham dan keju tadi dengan telur kemudian bakar.
5. Sebaiknya bakar roti selama 3 minit untuk setiap sisi bagi memastikan telur dan turkey ham dimasak dengan baik.
6. Apabila warnanya bertukar kuning keemasan, itu bermakna ia sudah siap untuk dihidangkan.
Cara memasak:
1. Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
2. Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
3. Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sementara menunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
7. Hiris isi ayam tadi menjadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
8. Kemudian susun sandwich mengikut citarasa. Dah siap!
Bahan-bahan:
Bahan untuk bebola daging:
Bahan sos keju:
Cara memasak:
1. Untuk menyediakan bebola daging, campurkan semua bahan kecuali serbuk roti.
2. Bentukkan bulat-bulat, kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hingga bebola berwarna keperengan. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk penyediaan sos keju, campurkan krim keju bersama susu, panaskan di atas api sederhana.
5. Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair. Masukkan sedikit tepung untuk pekatkan sos. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan pasta di dalam bekas, kemudian hiaskan dengan bebola daging di atasnya.
7. Akhir sekali tuangkan ssos keju di atas hidangan ini.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
2. Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
3. Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
4. Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190c selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Hidangkan
Macam mana, mudah sajakan menu yang dikongsikan kami? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan tentunya untuk anak tersayang. Eh! jangan lupa bekalkan sekali bersama buah-buahan. Selamat mencuba!
Sumber: Rasa
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua