Categories: Gaya Hidup

Bagaikan Dunia Fantasi, Berchtesgaden Lokasi Wajib Disinggahi Anda Kalau Ke Eropah.

Bagaikan terpanggil untuk menjejakkan kaki ke kota Berchtesgaden, yang disebut antara lokasi menarik di Eropah Tengah tetapi kurang diketahui traveller.

Berchtesgaden merupakan sebuah kawasan perbandaran di Bavarian Alps. Terletak di daerah selatan daripada Berchtesgaden Land di Bavaria, lokasi destinasi popular ini terletak berhampiran dengan sempadan Austria, kira-kira 30 km ke selatan Salzburg dan 180 km sebelah tenggara dari Munich.

Foto kredit : Siti Fatimah Zaharah Zulkapli atau Akiey.

Dikelilingi oleh tebing batu yang menjulang tinggi, tasik dengan airnya yang berwarna zamrud hijau dan sunyi ini merupakan salah satu landskap yang paling cantik di Jerman.

Namun begitu keindahannya begitu lama menjadi misteri sehinggalah ia terbongkar dek perkongsian pelancong yang pernah berada di sana dan menceritakan keindahan Berchtesgaden. Sekaligus merupakan antara sebab mengapa semakin ramai pengunjung ke Königssee tahun demi tahun.

Foto kredit : Siti Fatimah Zaharah Zulkapli atau Akiey.

Keluasan tasik adalah 8 km panjang (5 batu), sehingga 1.2 km lebar (3/4 batu) dan 602 meter (2000 kaki) di atas paras laut. Dengan kedalaman maksimum 192 meter (650 kaki), suhu di Tasik Königssee kekal sejuk meskipun di musim panas.

Hanya kapal penumpang berkuasa elektrik dan bot pedal dibenarkan beroperasi di tasik ini sejak tahun 1909. Perkhidmatan pelancongan di tasik ini dikendalikan oleh syarikat Bayerische Seenschifffahrt dan kapal serta bot ini akan singgah di 3 pelabuhan iaitu Seelände (Schönau), St Bartholomew, dan Salet.

Foto kredit : Siti Fatimah Zaharah Zulkapli atau Akiey.

Sekiranya anda berada di kawasan Königsee, Berchtesgaden ini, tidak sah sekiranya tidak melawat rumah misteri alpine yang terbiar di tasik Obersee ini.

Untuk ke Lake Obersee yang sememangnya indah ini, anda perlu mengambil bot yang disediakan dari Königsee ke Salet Obersee. Dari sana, laluan pejalan kaki akan membawa anda terus ke Lake Obersee.

Short trekking ini mengambil masa antara 20 minit hingga satu jam bergantung kepada kelajuan anda. Tasik ini diapit oleh gunung dan tebing tinggi, menambahkan lagi pesona keindahan tasik.

Foto kredit : Siti Fatimah Zaharah Zulkapli atau Akiey.

Yanie Baharom