Ini Boyfriend Baru Elfira Loy!

Sebelum ini Elfira Loy dan Asyraff Mazlan dikaitkan bersama setelah hubungan El dan penyanyi, Sufian Suhaimi dikatakan sudah menemui titik noktah. Gambar yang tular di media sosial menunjukkan mereka keluar makan bersama membuatkan netizen mula membuat spekulasi apakah status sebenar El dan Asyraff Mazlan ini.

Namun, menurut Asyraff dia sudah lama mengenali Elfira tetapi mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang di diperkatakan di media sosial. 

Selain daripada foto diatas, isu menunaikan umrah bersama juga turut menjadi topik hangat yang menguatkan lagi statement netizen bahawa Elfira dan Asyraff cuba untuk merahsiakan hubungan mereka namun dapat dihidu oleh netizen dan followers mereka sendiri.

“Kami bukan buat umrah bersama, sebaliknya kita pegi dalam kumpulan yang ramai dan foto yang saya kongsi beserta caption di instagram hanyalah gurauan sesama teman. Netizen yang keluarkan semula foto itu dan kaitkan saya dengan isu putus tunang sedangkan kami mengejarkan ibadah umrah sebelum kontroversi itu timbul. Sebenarnya saya dah kenal keluarga El sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja.” Katanya

Namun, bagi Asyraff kontroversi melibatkan dirinya dengan El nyata membuatkan dirinya berasa sedikit tertekan semenjak gambar tersebut tersebar sehingga menyebabkan ramai netizen mengaitkan isu putus tunang Elfira Loy dan sufian adalah disebabkan kehadiran beliau.

Apapun, kalau betul El dan Asyraff bersama apalah salahnya kan? Kedua-duanya pun masih single betul tak?

Salma Syahbuddin