Categories: Gaya Hidup

Bahagian Dalam Kereta Anda Selalu Semak? Ini 12 Cara Untuk Pastikan Ia Sentiasa Kemas

Bagi seseorang yang memang pengemas, mungkin dia takkan mengalami masalah kereta semak.

Tapi untuk orang yang tak berapa kemas itu, hmm.. Mereka perlu ubah sikap!

Cuba bayangkan, duit syiling berterabur di lantai, kertas resit atau dokumen penting berselerak, sisa-sisa makanan tertumpah… Tak rimas ke? Sakit mata memandang.

Sebagai pengguna sebuah kereta, anda mesti pandai jaga bukan saja bahagian luaran serta enjinnya, tapi juga bahagian interior. Pastikan semuanya organised.

Kalau ia dibiarkan kotor, nanti ada lipas atau bakteria yang membiak. Kesihatan anda pula akan terancam!

Mudah saja, anda hanya perlu ambil barang-barang yang tak berkenaan dan letak di tempat lain.

Sesetengah orang langsung tak membenarkan sebarang makanan untuk dibawa masuk ke dalam keretanya. Tak apa, jika ada makanan tertumpah, bersihkan secepat mungkin sebelum kotoran itu betul-betul melekat.

Jika anda tak tau cara-cara untuk mengekalkan kekemasan barang-barang anda di dalam kereta, ikuti tip-tip yang dikongsikan di dalam video di bawah. Gerenti semuanya teratur nanti.

Video ini ada juga ajar dua teknik untuk bersihkan kereta di bahagian lampu dan karpet. Cara hilangkan kesan calar pun dia ada ajar. Tak perlu lagi pergi kedai!

Jom belajar!

Sumber: Nifty

Ad Ops