Categories: Trending

Kejam! Bayi Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh. Adakah Nilai Kemanusiaan Sudah Hilang?

Berita kehilangan seorang bayi lelaki berusia 5 bulan, Adam Rayqal semalam akhirnya terjawab apabila dijumpai disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu rumah pengasuhnya, malam tadi. 

Menurut Ketua Polis Daerah, Asistem Komisioner Ali Ahmad, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah pengasuh berkenaan.

 

Foto: FMT

Pada jam 6.30 petang semalam, laporan kehilangan bayi ini dibuat oleh ibunya, Farrah Madihah Othman apbila pengasuh tersebut tersalah menyerahkan Adam Rayqal kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa bayi itu di Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Di mana nilai kemanusiaan? Adakah ia sudah hilang? Sejujurnya, Hijab & Heels begitu terkesan dengan kejadian ini. Semoga kejadian ini memberi iktibar kepada kita semua.

Sumber: Harian Metro
tex_admin