Categories: Gaya Hidup

Basahkan Tekak Anda Dengan Dua Minuman Ini. Memang Segar & Puas!

Musim panas sekarang ini memang akan buat tekak sentiasa kering. Kalau boleh bergelen-gelen air nak minum. 

Masa ini jugalah nafsu kita memang pantang tengok minuman sejuk. Memang ‘heaven’ lah kalau dapat minum air sejuk!  

Jom buat resipi jus dan minuman sejuk ini. Bukan sahaja mudah, tapi memang puaslah dapat sediakan sendiri. Boleh minum berulang kali dan jimat!

Jus Mangga Pudina

Foto: Rasa

Bahan-bahan:

– 2 biji mangga

– 2 sudu besar yogurt

– 2 gelas air

– 1 biji limau kasturi

– Sedikit daun pudina

– Ais

Cara membuatnya:

1. Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama dua gelas air.

2. Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.

3. Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.

4. Tambahkan air gula jika perlu.

5. Masukkan ais dan letakkan daun pudina.

Tip: Mangga harumanis sangat sesuai digunakan untuk resipi ini kerana rasanya yang lebih sedap dan baunya yang harum.

Bandung Strawberi Laici

Foto: Rasa

Bahan-bahan:

– 2 sudu makan gula

– 2 sudu makan sirap

– 5 sudu makan susu cair

– 1 biji strawberi dibelah empat

– 5 biji laici dalam tin

– Air dan ais secukupnya

Cara membuatnya:

1. Larutkan gula dalam air.

2. Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.

3. Masukkan strawberi dan laici.

4. Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa

Ad Ops