Categories: Gaya Hidup

Bekas Gula Penuh Semut? Ini Cara Paling Mudah Untuk Halau Semut

Pernah tak anda alami situasi bila nak cepat, kemudian terlupa nak tutup rapat penutup bekas gula? Kesannya, semut dan ahli keluarganya dah kerumun bekas gula anda! 

Agaknya macam mana ya cara nak protect bekas gula daripada diserang semut? Jangan risau, Hijab & Heels akan bantu anda selesaikan masalah ini. Jom kita ketahui caranya:

Foto: Radar Lampung

1. Bahan utama yang anda perlukan 3 ulas bawang putih sahaja. Bawang putih tersebut anda perlu potong kepada dua bahagian.

2. Bila dah siap potong, masukkan bawang putih tersebut ke dalam bekas gula anda. Percayalah, semut tak berani nak datang dekat bekas gula anda!

Selain bawang putih, ada juga petua lain yang boleh anda cuba. Antaranya:

1. Ikat bekas gula dengan tali atau perca yang direndam dengan minyak masak.

2. Masukkan dua tiga kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula.

3. Letakkan bekas gula ke dalam pinggan yang berisi air.

4. Masukkan beberapa batang kayu manis dalam bekas gula.

Mudah sahaja kan? Hanya guna bahan-bahan dapur sahaja! 

Sumber: Keluarga

tex_admin