Categories: Gaya Hidup

Buat Alas Kaki Sendiri Dengan Teknik DIY Mudah Ini, Guna Benang Bulu Kambing Saja!

Alas kaki tak semestinya kena bertekstur kasar, ataupun berbentuk nipis dan flat saja. Tapak kaki anda mesti rasa selesa jika ia berbantal dan lembut, kan?

Tapi rasanya jarang kita dapat jumpa alas kaki yang begini rupa. Kalau ada pun, mungkin mahal. Tak apa, tak apa. Jika anda ingin juga miliki alas kaki ini, anda boleh buat sendiri!

Ikuti saja teknik DIY seperti yang ditunjukkan di dalam video tutorial di bawah. Bukan saja mudah, ia juga tak memerlukan kos yang tinggi.

Anda hanya perlukan benang bulu kambing (pilih sendiri warna yang anda suka; lagi banyak lagi meriah!) serta tikar non-slip (ada dijual di Daiso!) seperti di dalam gambar ini:

Foto: www.1dahasoyle.com

Dan jika anda memilih warna-warna benang yang terang dan menarik, ia berpotensi untuk menceriakan lagi dekorasi rumah anda. Betul tak?

Jom cuba!

Sumber: Buzzfeed Nifty

Ad Ops