Categories: Gaya Hidup

Buat Perangkap Nyamuk Anda Sendiri Dengan Menggunakan Teknik DIY Yang Mesra Alam Ini

Nyamuk tak boleh dipandang remeh, ya. Ia merupakan pembawa beberapa jenis penyakit serius. 

Banyak kali dah orang pesan, jangan biarkan air bertakung. Di situlah nyamuk akan membiak. Tapi kadang-kadang kita tak boleh buat apa-apa jika keadaan persekitaran di luar rumah kita yang menyebabkan bilangan nyamuk bertambah.

Cara paling mudah untuk membunuhnya ialah dengan menyembur spray racun. Kalau itu tak juga mujarab, apa kata anda buat “perangkap” nyamuk anda sendiri?

Cara ini tak menggunakan asap atau sebarang bahan kimia yang membahayakan. Ia memang mesra alam, jadi anda tak perlu risau.

Anda hanya perlukan sebuah botol plastik kosong yang besar, air, gula dan secubit yeast atau ragi. Lihat gambarajah di bawah untuk cara-caranya.

Foto: www.lifehack.com

Potong bahagian atas botol plastik anda. Masukkan 200ml air suam serta 50 gram gula ke dalamnya dan campurkan. 

Apabila air campuran itu telah sejuk, masukkan pula 1 gram yeast. Tak perlu kacau.

Sambungkan balik bahagian atas botol yang anda dah potong tadi secara terbalik, seperti di dalam gambar di atas.

Balutkan kelilingnya dengan surat khabar atau beg plastik. Letakkan di sudut rumah anda yang gelap dan tunggu.

Nanti mesti ada nyamuk-nyamuk yang terperangkap! Selamat mencuba!

Sumber: DIY Hacks

Ad Ops