Categories: FeaturedTrending

Pancing Putera George Dengan Smarties Baru Dia Tersenyum Lebar

Waris sulung Putera William iaitu Putera George memang dikenali sebagai seorang kanak-kanak yang pemalu. Putera George, dikatakan mewarisi sikap ayahandanya dan nendanya, Mendiang Puteri Diyana.

Perwatakan George, 5 tahun, sedikit berbeza daripada adiknya Puteri Charlotte, 3 tahun, yang sangat easy going, peramah dan suka melambai tangan kepada khalayak ramai seolah-olah mengerti tanggungjawab yang bakal dipikulnya in the future!

Berbalik kepada George, berdasarkan momen dirakam sama ada still photo mahupun video, nampak wajahnya kurang gembira pada hari perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle baru-baru ini.

Selain pertama kali dilihat memakai seluar panjang, sifat pemalu putera cilik berusia 4 tahun itu sangat terserlah apabila dia sering bersembunyi di belakang kaki bapanya Putera William semasa hari perkahwinan, membolehkan adik perempuannya Puteri Charlotte mencuri perhatian dengan lambaiannya yang penuh bersemangat.

Foto: Harper’s Bazaar

Tetapi, agak mengejutkan apabila gambar rasmi perkahwinan diraja menunjukkan wajah George yang berseri-seri sambil tersenyum lebar.

Jurugambar diraja Alexi Lubomirski mendedahkan betapa sukarnya pewaris takhta itu untuk senyum dan bagaimana dia akhirnya dapat membuatkan George tersengih dengan cara yang cukup mudah. Menerusi foto yang dilampirkan di bawah Putera George berdiri, tiga dari kanan.

Foto: Astro Awani

“Untuk gambar pengantin dan budak lelaki pengiring, mereka disogok dengan coklat Smarties,” katanya.

“Jadi sebaik sahaja mereka datang ke set itu, saya terus berteriak, ‘siapa suka Smarties?’ dan kemudian semua orang angkat tangan, tersenyum, bahkan beberapa orang dewasa pun mengangkat tangan mereka,” katanya.

Menurut koresponden diraja, putera muda itu cuba memujuk seorang lagi rakan pengiring yang lebih muda daripadanya, Zalie Warren ketika dia mula menangis sebelum sesi bermula.

Sumber: Town & Country

 

Yanie Baharom