Categories: Oh Lawa

Solekan Tropikal Serlahkan Gaya Lebaran Si Gadis Di Kampung Halaman

Halaman suasana kampung yang dilatari pepohon menghijau, cukup mendamaikan mata memandang. Feel yang dirasakan amat berbeza.

Kalau bergambar sekali pun kehijauan alam semulajadi itu tidak tertanding dek banggunan hutan konkrit yang menjalar.

Justeru itu, Hijab & Heels ingin berkongsi dengan anda satu solekan inspirasi tropikal yang semestinya menyerlahkan seri wajah lebih-lebih lagi ketika bergambar atau swafoto sambil dilatari suasana desa yang nyaman.

1. Mata dicalit rona jingga pekat, memberi satu ekspresi yang memukau dan menawan. Pipi disapu manja rona pic lembut bagi menghidupkan lagi wajah yang dirias polos.

Foto: Eh!

2. Palitan rona coral di bibir cukup sempurna pada wajah yang minimal solekannya, mata dibiar mulus dengan sapuan merjan (merah) lembut, pipi pula sekadar dioles manja rona merah jambu lembut.

 

Foto: Eh!

3. Palitan palet hangat campuran jingga dan coklat gelap memberikan tarikan yang cukup luar biasa. Pipi dilayangkan rona merah jambu pekat bagi menyerlahkan keseluruhan wajah.

Foto: Eh!

4. Serlahkan wajah dengan calitan bibir ton gelap namun menyerlah. Kuasa ton gelap pada bibir dimesrakan dengan palitan jingga cair pada kelopak mata cukup mengesankan.

Foto: Eh!

Dah dapat idea bagaimana anda caranya untuk menghangatkan penampilan anda di pagi lebaran saat berada di kampung halaman keluarga? Bolehlah mencuba gaya solekan tropikal ini. 

Sumber: Eh!

Yanie Baharom