Peminat Siri Kartun Pingu Pasti Sedih Dengar Cerita Ini…?

Siri kartun Pingu yang selalu menghiasi hari-hari anda pastinya membuatkan anda sekeluarga terhibur walaupun tanpa apa-apa dialog dan cuma sekadar bunyi serta perlakuan sekumpulan penguin bukan? Namun, tahukah anda pencipta karun ini yang bernama Tony Wolf atau nama sebenarnya, Antonio Lupatelli telahpun meninggal dunia pada Jumaat lepas.

Pencipta kartun yang terkenal dengan suara noot-noot ini telahpun meninggal dunia diusia 88 tahun. Karier Tony yang begitu aktif dan produktif menunjukkan penerimaan terhadap buku serta komik kanak-kanak yang turut diterima dengan begitu meluas.

Selain itu, Tony Wolf juga terkenal bukan sahaja kerana dapat menerbitkan pelbagai jenis karakter kisah dongeng yang lain malah, beliau juga terkenal kerana mempunyai pelbagai nama pena seperti, Oda Taro, L’Alpino dan Antony Mo.

Apapun, takziah diucapkan dari kami di xtra.com.my!

Salma Syahbuddin