Categories: Trending

Bukan Alasan! Walaupun Anak Penagih, Amirul Afeeq Merupakan Anak Muda Ketiga Negara Bergelar Graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat

Kejayaan beliau mencipta nama dengan melakar sejarah sebagai anak melayu ketiga negara kita Malaysia yang berjaya bergelar graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA) walaupun dibesarkan tanpa ayah.

Bagi Amirul Afeeq, 24, itu bukanlah alasan atau penghalang untuk beliau berjaya sama seperti orang lain. Menerusi laman twitter nya, anak kelahiran Negeri Sembilan ini telah berkongsi kisah suka dan duka beliau sepanjang menitip kejayaan yang dikecapinya hari ini.

Beliau mengakui bahawa kehidupannya sebelum ini bukanlah seperti orang lain, kerana menurutnya dia bukanlah seorang yang dilahirkan dengan kehidupan yang mewah kerana ibunya terpaksa melakukan apa-apa sahaja kerja demi membesarkan mereka tiga beradik. 

Beliau juga turut mengakui bahawa ayahnya merupakan seorang penagih dadah, dan sekaligus ianya memberi impak yang besar terhadap dirinya. Tetapi, beliau tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak berjaya sama seperti orang lain. Malah, akibat selalu dipinggirkan dan dicemuh oleh keluarga sendiri, Amirul nekad untuk berjaya dalam setiap peperiksaan yang diambil.

 

Bagi Amirul, dia tidak deprti budak-budak lain yang selalu keluar dan menghabiskan bersama rakan-rakan. Kerana menurutnya, beliau merupakan seorang yang tidak reti bergaul sehinggalah beliau berjaya diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.

Menurut Amirul, sebelum memasuki UPNM, beliau sendiri tidak mengetahui bahawa universiti tersebut merupakan universiti ketenteraan. Dan, apa yang menariknya, beliau memasuki UPNM pun adalah disebabkan oleh atuk beliau sendiri.

Dan akhir sekali, kunci kepada kejayaan beliau harini adalah, doa dan semangat dari ibu, adik-beradik, atuk dan yang paling penting adalah sentiasa mengingati Dia yang maha kuasa.

 

Kisah kejayaan seperti inilah yang harus diambil iktibar dan panduan agar anak-anak muda dan generasi hari ini bukan sahaja hebat di laman sosial masing-masing, tetapi hebat di mata dunia melalui pencapaian yang diperolehi.

Syabas Amirul Afeeq!

 

Salma Syahbuddin