Categories: Gaya Hidup

Cara Anda Membalut Hadiah Sama Saja Dari Dulu? Cuba 5 Teknik Lebih Kreatif Ini

Bila kita bercakap mengenai pemberian hadiah, ramai orang berpendapat yang isinya yang penting. Bagaimana ia dipersembahkan kepada si penerima tak penting langsung.

Itu yang kadang-kadang orang beri hadiah langsung tanpa membalutnya. Bagi terus dalam plastik atau paperbag.

Kalau anda beri hadiah yang dibalut cantik-cantik kan lagi molek? Barulah nampak lagi ikhlas.

Memanglah kertas pembalut hadiah itu akan dibuang terus, tapi presentation semasa anda hulurkan hadiah itu tetap penting.

Penerima hadiah itu pun mesti akan rasakan hadiah itu lagi istimewa.

Selalunya orang akan menggunakan teknik paling basic yang kita semua pasti tahu. Untuk mencantikkan lagi, mereka akan tambah riben.

Kalau anda dah bosan dengan teknik itu dan nak cuba cara-cara balutan yang lagi advance dan menarik, no problem!

 

Pakar pembalut hadiah Shiho Masuda ada pelbagai cadangan yang dikongsikan di saluran Youtubenya. Cara-cara yang dia tunjukkan memang mudah difahami.

Foto: www.shihomasuda.com

Di sini ada 5 teknik yang anda boleh cuba.

Pertama sekali, pelajari teknik-teknik balutan untuk pelbagai jenis bentuk kotak hadiah. Segi tiga, segi empat sama, pentagon, silinder, piramid, pillow box… macam-macam ada!

Okay, dah dapat idea? Jom mulakan teknik kreatif dengan cara lipatan Jepun ini. 

Video di atas adalah cara paling basic. Teknik yang ini pula serupa tapi bungkusan hadiah anda akan nampak lebih elegant. 

Teknik ini akan bentukkan bungkusan anda macam kemeja!

Teknik ini sesuai untuk hadiah sehelai T-shirt. Tak perlu guna kotak.

Jika anda ingin hadiahkan gula-gula atau coklat seperti Ferrero Rocher, ikuti teknik ini.

Kreatif, kan?

Jika anda mahu pelajari banyak lagi teknik balutan untuk macam-macam jenis hadiah, tengok video-video yang dikongsikan oleh Shiho.

Sumber: Paper Guru

Ad Ops