Categories: Gaya Hidup

Cara Paling Mudah Nak Tanam Pokok Strawberi Di Rumah

Selalunya, orang Malaysia kalau nak makan buah strawberry yang fresh pasti akan pergi ke Cameron Highland kan? Kalau teringin sangat, beli saja di pasaraya berdekatan. Betul tak?

Tapi, tahukah anda bahawa pokok strawberry sebenarnya boleh ditanam di rumah anda! Tapi, ianya perlu ikut teknik-teknik yang betul, barulah pokoknya berbuah. Nak tahu caranya? Jom semak!

1. Hiris buah strawberry dan letakkan di atas tisu

2. Jemur hirisan strawberry selama beberapa hari sehingga kering kulitnya. Tak perlu jemur di luar rumah, cukup sahaja di dalam rumah dan seelokknya guna strawberry tempatan

3. Biarkan sampai bijinya timbul dan tertanggal dengan sendirinya

4. Kemudian, tabur sahaja biji-biji tersebut atas tanah yang diisi dalam pasu. Pokoknya akan tumbuh selepas 3 minggu

5. Inilah hasilnya

Mudah saja kan? Yang penting anda perlu mempunyai kesabaran yang tinggi untuk tunggu pokok ini membesar dan berbuah!

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Asri Meris

tex_admin