Categories: Gaya Hidup

Dendam pontianak bukanlah cerita pontianak yang biasa dilihat

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Bila sebut sahaja mengenai pontianak, pasti ramai beranggapan bahawa ia merupakan roh wanita yang mati ketika melahirkan anak dan bangkit untuk membalas dendam, tapi pada hakikatnya, pontianak adalah sebuah kisah yang tragis tentang kehilangan dan cinta yang dilaluinya ketika ia masih hidup. 

Dendam pontianak merupakan sebuah filem arahan Glen Goie dan Gavin Yap mengenai hidup sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin akan tetapi telah dihantui dan dibelenggu dengan pontianak.

Filem ini merupakan terbitan Tiger Tiger Pictures dan edaran Primeworks yang menggandingkan Remy Ishak dan Fazura buat pertama kalinya. 

Menurut pengarah, ia menjadi tanda tanya bagi beliau mengapa pontianak menjadi suatu figura yang menakutkan padahal ia hanyalah seorang wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan bayi. Dari situ lah tercetusnya idea beliau untuk membuat filem ini. 

Kisah cinta yang menyedihkan

Babak dimana Mina (Nur Fazura) dan Khalid (Remy Ishak) bertemu buat pertama kalinya.                  Foto: morganawyong.com

Dendam pontianak adalah sebuah filem yang bermula dengan perkahwinan di antara Khalid (Remy Ishak) dan Siti (Shenty Feliziana) di perkampungan yang kecil. Pada malam perkahwinan tersebut terlihat tetamu yang tidak diundang muncul dengan berkebaya merah. 

Keesokan hari selepas perkahwinan mereka, Rais (Tony Eusoff) kawan kepada Khalid  telah dibunuh dengan ngeri iaitu isi perutnya terkeluar dan digantung pada pokok yang tinggi. Penduduk mula berkata buruk bahawa Siti  telah membawa bala ke kampung mereka. 

Selepas terjadinya pelbagai perkara menimpa terhadap orang kampung dan keluarga Khalid, akhirnya beliau mengaku bahawa perkara yang terjadi adalah salahnya.

Mina (Nur Fazura), pontianak yang membawa dendam dan amarah akibat sifat jahat dan rakus yang ada dalam diri manusia. Kisah percintaan Mina dan Khalid yang telah membuatkan Mina mengandung. Akan tetapi, Khalid tidak bersedia untuk menjadi bapa terhadap bayi tersebut disebabkan usianya yang masih muda. 

Dendam tersebut terjadi apabila Khalid telah menjadi punca anak yang berada dalam kandungan Mina meninggal dunia dan secara tidak sengaja telah membunuh Mina. Secara tiba-tiba, bayi yang telah dilahirkan itu, menangis. Dengan rasa bersalah Khalid menjaga bayi tersebut bagaikan menatang minyak yang penuh kerana ingin menebusnya. 

Adegan yang sedikit berlainan dan menyayat hati

Dendam pontianak mempunyai jalan cerita yang agak perlahan akan tetapi babak yang menakutkan tidak dapat dijangka dan kesan bunyi yang mengejutkan. Pontianak pula tidak kelihatan menakutkan kerana pontianak tersebut amat jelita.  

Babak ketika Khalid (Remy Ishak) berjumpa dengan Su’ut Din (Nam Ron).
Foto: morganawyong.com

Terdapat babak yang agak menghairankan di mana orang kampung telah mengejar pontianak dan berlawan menggunakan kayu dan obor-obor untuk membunuh pontianak dengan cara memaku lehernya yang telah disarankan oleh Su’ut Din (Nam Ron), seorang bomoh berperwatakan penuh misteri.

Mengikut mitos, jika leher pontianak dipaku, ia akan bertukar menjadi seorang wanita yang cantik. Berlainan bukan dengan filem pontianak yang lain? Selain itu, babak dimana Khalid telah dibunuh oleh Mina dengan mencucuk paku di tengkuk dan memakan isi perut Khalid kerana cubaannya untuk memaku Mina.

Babak ketika Mina ( Nur Fazura) datang ke rumah Khalid untuk berjumpa dengan anaknya.
Foto: bm.cari.com.my

Selepas itu, Mina telah datang ke rumah Khalid dan belaku cubaan untuk membunuh Siti, namun dihalang oleh anaknya Nik (Nik Harraz Danish). Lalu, Nik telah memeluk Mina dan menenangkannya.

Akhirnya, Mina sendiri yang menyerahkan dirinya untuk dipaku di leher dan meminta Siti untuk menjaga anaknya dengan baik. Babak ini akan membuat anda mengalirkan air mata ketika di dalam pawagam.

Filem ini juga memperlihatkan bahawa kasihnya ibu terhadap anak tiada hujungnya. 

DENDAM PONTIANAK

  • Pengarah: Glen Goei dan Gavin Yap
  • Penerbit: Tiger Tiger Pictures
  • Pengedar: Primeworks Studios
  • Pelakon: Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish
  • Bahasa: Melayu
  • Durasi: 95 minit
  • Klasifikasi: 18
  • Bintang: 3.5

tex_admin