Categories: AcaraGaya Hidup

Dua watak animasi ceriakan kempen “Kembali ke Sekolah” Faber-Castell Malaysia

Oleh Amnan Hibrahim

Pengeluar alat tulis terkenal, Faber-Castell Malaysia melancarkan ‘Kempen Kembali ke Sekolah’ Castle Heroes dengan memperkenalkan dua watak animasi Castle Heroes bagi menghiasi produknya iaitu Bernard, watak lelaki dan Cassandra, watak perempuan pada acara pelancarannya yang berlangsung di Kidzania, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdapat empat set alat tulis di bawah tema Castle Heroes yang turut diperkenalkan bersempena dengan kempen ini iaitu merangkumi empat set keperluan sekolah yang lengkap dengan alat-alat keperluan sekolah, set melukis yang termasuk satu set kad lukisan kreatif, set pensel mekanikal dan satu set pemadam yang mengandungi tiga pemadam.

Pengarah Urusan A.W. Faber-Castell (M) Sdn. Bhd, Andrew Woon (dua dari kiri) dan Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur, Shahrul Nidzar Ahmad (kiri) ketika melancarkan “Kempen Kembali ke Sekolah” Castle Heroes di Kidzania, Kuala Lumpur, baru-baru ini. STR/OWEE AH CHUN.

Pengarah Urusan A W Faber-Castell (M) Sdn Bhd, Andrew Woon, berkata, Faber Castell sentiasa komited untuk menghasilkan produk yang mampu merangsang imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.

“Hal ini adalah sesuatu yang sangat penting kerana majoriti kanak-kanak kini mudah terganggu dengan skrin gajet yang didedahkan kepada mereka. 

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menghasilkan produk-produk yang berupaya untuk mengekalkan minat kanak-kanak kepada aktiviti kreatif dalam proses pembesaran mereka, katanya ketika berucap pada acara berkenaan.

Tambah Woon lagi, selain daripada ciptaan dua watak animasi baharu bersama-sama dengan set alat tulisnya, terdapat beberapa lagi promosi dan pengenalan terhadap beberapa produk yang memeriahkan lagi kempen kembali ke sekolah Faber Castell Malaysia kali ini.

ARTIKEL BERKAITANPelancaran Taman Tema Air Angry Birds Pertama Di Dunia

Antara produk Faber-Castell Malaysia yang diamerkan ketika acara pelancaran “Kempen Kembali ke Sekolah” Castle Heroes . STR/OWEE AH CHUN.

“Antara produk menarik untuk kempen kali ini adalah buku mewarna realiti terimbuh (AV) Colour to Life, yang berupaya untuk menukarkan gambar yang telah diwarnakan kepada objek 3D melalui aplikasi yang dimuat turun ke telefon pintar.

“Selain itu, beberapa kajian yang syarikat kami lakukan turut menghasilkan sejenis krayon, My Colour Companion First Grasp Crayons dan pensel Tri-Grip yang direka khas buat kanak-kanak berusia tiga ke empat tahun. Hal ini tentunya membantu mereka untuk memulakan proses kreatif dengan lebih awal,” katanya.

Yang turut hadir ialah Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur, Shahrul Nidzar Ahmad.

Peserta acara pelancaran ‘Kempen Kembali ke Sekolah’ Castle Heroes diberi peluang untuk mencuba produk alat tulis keluaran Faber-Castell Malaysia. STR/OWEE AH CHUN.

Faber Castell Malaysia turut menjalinkan kerjasama bersama-sama Kidzania dengan menawarkan diskaun istimewa bagi tiket masuk ke Kidzania dengan pensel warna Slim-Flexi atau pensel warna Watercolur Faber Castell.

Selain itu, terdapat juga pertandingan mewarna dianjurkan oleh Faber-Castell Malaysia di Kidzania yang akan berlangsung dari 1 hingga 30 November.

Di samping itu, Faber-Castell Malaysia turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai seperti peraduan ‘Spot, Snap and Win’ serta aktiviti mewarna di lokasi dan bengkel kreatif Tack-It di lokasi beli-belah terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kempen “Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia,” sila pergi ke laman Facebook rasmi Faber-Castell Malaysia.

tex_admin