Tular di media sosial hari ini kenyataan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia berhak memeriksa telefon pintar milik orang awam. Nampaknya jawapan yang diberikan beliau kurang tepat dan bagi mengelakkan kekeliruan, pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini.
Menurut KDN, pihak PDRM tidak mempunyai hak menyemak telefon bimbit orang awam secara rambang. Sebaliknya PDRM hanya boleh menyemak kandungan peranti milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan.
Peranti (bukan sekadar telefon pintar) boleh disemak sekiranya individu melakukan kesalahan dilakukan di bawah akta-akta di bawah.
Sekiranya peranti anda disemak oleh anggota PDRM secara rambang, mereka boleh melakukan laporan polis ke balai berdekatan atau terus ke Bukit Aman untuk tindakan diambil.
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda