Categories: Gaya Hidup

Enam bahasa tubuh yang sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. No 2 dianggap aneh!

Setiap negara mempunyai cara dan keunikan dalam mempamerkan bahasa tubuh ataupun gerak isyarat yang berbeza. 

Bahasa tubuh ini penting dalam menterjemahkan sesuatu tanpa perlu bertutur.

Jika anda melancong ke negara maju seperti Jepun yang sering dikaitkan dengan ‘communication barries’ misalnya, anda akan terbiasa melihat 3 pergerakan bahasa tubuh paling popular yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian masyarakat negara matahari terbit itu.

Iaitu, Ojigi (menundukkan tubuh), Temaneki (memanggil dengan menggunakan isyarat tangan), Aizuchi (mengiyakan isi percakapan rakan) serta isyarat-isyarat tubuh yang lain sewaktu berkomunikasi.

 

1. Ojigi dalam kehidupan harian

Foto: live japan

Jauh perjalanan luas pemandangan, kata pepatah Melayu yang membawa maksud jika seseorang yang semakin mengembara, semakin dia boleh mendapakan pemikiran yang mendalam dan luas.

Melalui peluang melancong ke negara orang, memberikan kita pengalaman untuk mengenali car hidup dan keunikan budaya sesebuah masyarakat.

Justeru jika anda berada di Jepun, praktik dan lakukan bahasa tubuh yang satu ini. 

Ojigi merupakan cara sapaan apabila bertemu dan berhadapan dengan orang lain. Sekiranya tidak melakukan Ojigi, kita mungkin akan dianggap “tidak beradab”. Orang yang sering merendah diri dianggap sebagai seorang yang beradab.

* Cara melakukan ojigi

Foto: live japan

Bermula dalam keadaan tegak berdiri, condongkan badan lebih kurang 45 darjah. Bagi lelaki, tangan diletakkan lurus di sisi manakala bagi wanita kedua-dua tangan diletakkan di hadapan tubuh secara bertindih.

2. Menunjuk kepada diri sendiri

Foto: live japan

Masyarakat luar sering menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang aneh. Apabila menyebut tentang diri sendiri, penggunaan jari untuk menunjuk ke arah muka sendiri adalah gerak isyaratnya. 

Di luar negara, biasanya tapak tangan diletakkan di dada tetapi di Jepun pergerakan jari adalah amalan biasa. Kebiasaannya kawasan yang ditunjuk ialah di kawasan berhampiran hidung.

Gara-gara isyarat menuding jari ke muka sendiri, ramai pelancong terutamanya bagi mereka yang first-timer, salah faham kerana mereka menyangkakan individu yang melakukan isyarat itu mungkin berasa dipersalahkan atau sedang mempersalahkan dirinya. 

3. Memanggil menggunakan isyarat tangan

Foto: live japan

Memanggil menggunakan isyarat tangan juga agak unik. Tapak tangan diarahkan ke arah pasangan, keluarkan tangan sedikit ke hadapan lalu menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. 

Di luar negara, arah tapak adalah bertentangan di mana tapak tangan menghadap ke arah diri sendiri dan menggerakkan tangan ke hadapan dan ke belakang. 

Gerakan sebegini juga digunakan di Jepun tetapi jarang digunakan sewaktu memanggil orang.

4. Menggerak-gerakkan tangan di hadapan muka

Menggerak-gerakkan tangan di hadapan muka merupakan isyarat “tidak”. Isyarat ini bermaksud “bukan saya” atau “bukan” jika digunakan dalam keadaan di mana kita dicurigai, dan bermaksud “tidak boleh” sekiranya digunakan dalam keadaan ingin mengesahkan sama ada boleh atau tidak boleh. 

Ia juga bermaksud “tidak perlu” jika dilakukan semasa ditawarkan sesuatu perkhidmatan.

5. Penggunaan “Aidzuchi”

Foto: live japan

Bagi orang Jepun, sewaktu mendengar orang lain bercakap, bagi memberi isyarat bahawa kita sedang mendengar, kita hendaklah melakukan ‘aidzuchi’ -anggukan. 

Perkara yang mungkin mengejutkan ialah kekerapan penggunaannya. Sewaktu bercakap dengan mereka yang tidak begitu fasih berbahasa Jepun juga ianya digunakan bagi menandakan bahawa mereka faham satu persatu apa yang sedang diperkatakan.

6. Gerakan mengira

Foto: live japan

Sewaktu mengira nombor, orang Jepun selalunya membengkokkan jari. Bermula dari ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Diakhiri dengan jari-jari yang digenggam sepenuhnya.

Setakat ini saja perkongsian Hijab & Heels. Diharapkan ianya dapat memberi manfaat kepada anda terutamanya bagi mereka yang mempunyai perancangan ke Jepun.

 

Sumber: Live Japan

 

Yanie Baharom